Mengapakah DAP, Dong Zong, MCA dan juga Gerakan tidak pernah sekali pun membawa isu ini ke Mahkamah untuk semakan kehakiman?
Jawapannya jelas kerana mereka tahu tuntutan ini akan tumbang di sisi Perlembagaan dan undang-undang negara.
Jika benar UEC selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan Negara. DAP, Dong Zong, MCA dan juga Gerakan mempunyai ramai peguam tidak akan menunggu setengah abad dan tidak akan memilih jeritan politik serta tekanan jalanan dan tentulah mereka akan memilih mahkamah. Tetapi ini tidak berlaku kerana DAP, Dong Zong, MCA dan juga Gerakan tahu mereka akan kalah dan kekalahan di mahkamah ini akan menguburkan UEC secara muktamad di Malaysia.
Fakta undang-undang tidak boleh diputar belit dengan emosi atau senttimen atau slogan kepelbagaian. UEC secara terang-terangan bercanggah dengan Perlembagaan Negara dan Akta Pendidikan Negara iaitu:
I. Bahasa pengantar utama UEC bukan Bahasa Kebangsaan
II. Kurikulum UEC bukan Kurikulum Kebangsaan
III. Peperiksaan UEC bukan peperiksaan kebangsaan
IV. Guru-guru UEC bukan lepasan latihan IPGM atau sistem latihan perguruan nasional
Ini bukan isu sentiment tetapi Ini isu kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Negara. Pelanggaran Undang-Undang yang Jelas secara prinsip dan perundangan,
1. Melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan — kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
2. Melanggar Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
3. Melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
Ini bukan tafsiran sempit. Ini realiti perundangan yang diketahui oleh semua pihak termasuk DAP, Dong Zong, MCA dan juga Gerakan. Sebab inilah mereka tidak berani bawa ke mahkamah dan sebab inilah mereka memilih tekanan politik, rundingan senyap dan permainan persepsi.
Lebih membimbangkan, apabila kenyataan PMX yang jelas menolak pengiktirafan UEC mula hilang daripada radar Media Perdana dan rakyat berhak bertanya:
Adakah prinsip sedang dikorbankan demi kestabilan politik?
Adakah pendirian kerajaan berubah tanpa dimaklumkan kepada rakyat?
Atau adakah tekanan DAP sedang “diurus” secara senyap?
Isu UEC bukan isu perkauman. Ia isu kedaulatan Perlembagaan. Mengiktiraf UEC bukan sekadar mengiktiraf satu sijil tetapi ia membuka pintu kepada system pendidikan yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara dan keluhuran undang-undang. UEC tidak pernah gagal kerana diskriminasi tetapi gagal kerana tidak mematuhi kerangka Perlembagaan Malaysia.
Selagi DAP, Dong Zong, MCA dan juga Gerakan tidak berani membawa isu ini ke mahkamah, selagi itulah rakyat tahu bahawa UEC tidak pernah layak dari sudut Perlembagaaan dan Perundangan Negara.
Saya mencabar DAP, Dong Zong, MCA dan juga Gerakan membawa isu pengiktirafan UEC ke Mahkamah.
Anas Soffy bin Abd Wahid
https://www.facebook.com/share/p/1F3FffEMHy/

No comments
Post a Comment