Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan ketetapan tersebut yang dibuat menerusi Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Pejabat Presiden PAS di Rusila, Marang, sebentar tadi.
“Adalah dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada hari ini, Rabu 24 Disember 2025, telah membuat ketetapan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025), bahawa ahli-ahli Badan Perundangan PAS yang berikut ‘adalah terhenti serta-merta keahliannya sebagai ahli PAS’.
“YB Tuan Haji Saad Seman, ADUN Chuping; YB Tuan Fakhrul Anwar Ismail, ADUN Bintong; dan YB Tuan Mohd Ridzuan Hashim, ADUN Guar Sanji.
“PAS akan memaklumkan ketetapan ini secara rasmi kepada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta,” ujarnya.
Media tempatan sebelum ini melaporkan terdapat lapan ADUN Perlis didakwa tidak lagi menyokong kepimpinan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan menyerahkan SD tersebut kepada pihak Istana Perlis, Jumaat lalu.
Menurut laporan tersebut mereka yang didakwa itu ialah wakil daripada BERSATU iaitu Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis); Izizam Ibrahim (Titi Tinggi); Megat Hashirat Hassan (Pauh); Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang); dan Marzita Mansor (Sena).
Manakala tiga daripada PAS ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Ridzuan Hashim (Guar Sanji) di mana bertindak demikian secara peribadi tanpa restu atau keputusan daripada parti.
Perlis mempunyai 15 DUN di mana pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, Perikatan Nasional (PN) menang buat kali pertama menawan 14 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) hanya menang satu iaitu di DUN Indera Kayangan.
Berdasar duluan (precedent) kes seumpama seperti berlaku di kerusi Nenggiri, Kelantan dijangka Speaker bakal mengumumkan pengosongan di tiga-tiga kerusi tersebut. – HARAKAHDAILY 24/12/2025
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment