NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perkhidmatan tamat tahun depan, Rafizi tak suka saya – Azam Baki



KUALA SELANGOR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memberi bayangan perkhidmatannya dalam badan penguatkuasaan itu tidak akan disambung lagi pada tahun hadapan.

Azam berkata, kontraknya yang disambung sebanyak tiga kali sebelum ini dilihat tidak disenangi banyak pihak termasuk bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

“Sesiapa yang menggantikan tempat saya tahun depan, Insya-Allah tahun depan saya tamat perkhidmatan saya, sudah tiga kali sambung.

“Orang pun sudah tidak suka dengan saya, Rafizi pun tak suka dengan saya, dia kata jangan sambung Azam Baki dan sebagainya,” katanya berucap pada SPRM-UiTM 2025: Hari Integriti dan Kepimpinan di Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam, di sini, hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @Sahibuddin.

Rabu lalu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menggesa kepimpinan Pakatan Harapan (PH) agar tidak menyambung kontrak pelantikan Azam sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

Menurut Rafizi, langkah itu bagi memulihkan keyakinan rakyat berkaitan isu rasuah susulan kekalahan gabungan politik itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17.

Rafizi berkata, prestasi reformasi dan pembaharuan kerajaan khususnya berkaitan usaha membersihkan negara daripada amalan rasuah menjadi faktor kekalahan PH pada 29 November lalu.

Dalam pada itu, Azam juga berkata, kontrak perkhidmatan beliau disambung atau tidak bukan satu keutamaan, sebaliknya mahu agenda meningkatkan integriti diteruskan.

“Tak apa, sesiapa pun mengambil tempat di sini, itu tak penting.

“Dia (pengganti) perlu meneruskan agenda dalam meningkat integriti dan mempromosikan tatakelola serta menguatkuasakan undang-undang rasuah tanpa rasa takut dan pilih kasih,” katanya lagi. – MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo