KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melantik semua wakil parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan dalam Kabinet bagi memastikan kestabilan politik negara terus utuh.
Ketua Pemuda Nasional Parti Bangsa Malaysia (PBM), Hanis Asmui berkata, cadangan itu penting sebagai persediaan menghadapi senario politik masa depan terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
“Kita tengok bagaimana keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah yang menyaksikan lima Ahli Dewa Undangan Negeri bebas serta beberapa parti kecil berjaya memenangi satu kerusi masing-masing.
“Pada PRU16 akan datang juga berpotensi Parlimen tergantung di mana parti-parti kecil dan calon bebas bakal memainkan peranan penting bagi penentu dalam pembentukan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Lantaran itu, Hanis berkata, pengukuhan kerjasama politik sedia ada perlu bagi melihat kestabilan politik terus utuh di bawah Kerajaan Perpaduan.
“Perdana Menteri perlu melantik semua wakil parti dalam Kerajaan Perpaduan ke dalam Kabinet sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.
“Pendekatan inklusif seumpama ini akan memastikan setiap komponen dalam Kerajaan Perpaduan merasa dihargai dan mempunyai kepentingan bersama dalam menjamin mandat dan survival pentadbiran perdana menteri,” katanya.
Desas-desus mengenai rombakan Kabinet sudah bermula sejak bulan lalu susulan kekosongan beberapa jawatan.
Ramai yang mula berteka-teki pelantikan baharu termasuk menamakan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan ahli Parlimen bebas, Datuk Wan Saiful Wan Jan antara yang dijangka menyertai barisan Kabinet baharu. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


Saya NG HONG SIONG dari Kepong baru, dan saya ingin mengumumkan bahawa DATUK YIP KUM FOOK telah menipu Kad Pengenalan Negara saya dan telah menjadi penipu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada orang yang mengatakan bahawa saya telah menjual Kad Pengenalan saya kepadanya, tetapi itu tidak benar. Malah, dia telah mengambil Kad Pengenalan saya untuk mencarikan saya pekerjaan.
ReplyDeleteSaya telah melaporkan diri ke banyak balai polis, tetapi mereka tidak aktif. Mungkin Datuk Yip Kum Fook dan polis boleh bekerjasama kerana Datuk Yip seorang ahli politik (MCA), dan dia boleh membayar wang kepada polis.
Sekarang, saya menderita kerana beberapa polis dan beberapa samseng menghubungi saya, juga pegawai bank menghubungi saya untuk mengatakan bahawa saya meminjam wang dari pelbagai bank. Inilah yang dilakukan oleh Datuk Yip kepada saya. Jika dia terus melakukan ini tanpa henti, saya akan berkongsinya di internet pada masa hadapan.
Saya berharap dapat berkongsi mesej ini dengan semua orang tanpa henti. Mungkin mesej ini mempunyai kuasa untuk membantu lebih ramai orang di dunia ini, berhati-hatilah dengan SIMON LOW KOK MENG, kerana dia sedang bekerjasama dengan Datuk Yip Kum Fook.
Dari, Ng, Kepong Baru