NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kuasa DAP dalam politik serantau berakhir mendadak



BANGI, 10 JAMADILAKHIR – Pengundi Cina di Sabah beralih menyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN) kerana menyedari bahawa parti itu bermain dengan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan.

Presiden Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P Ramasamy berkata, lapan kawasan yang secara tradisi mengundi DAP di Sabah menolak parti itu dengan jelas dan tegas.

“Politik di Sabah tidak akan sama lagi. Kekalahan DAP bukan sekadar satu wake-up call, tetapi satu mesej kuat bahawa masa parti itu dalam politik serantau telah berakhir secara mendadak.

“Hanya menunggu masa sebelum gegaran politik di Sabah dibawa pula ke Semenanjung,” katanya dalam laman Facebook, hari ini.

Ramasamy berkata, DAP mencapai kemuncak politik dalam PRU lalu apabila memenangi 40 kerusi Parlimen.

Namun selepas hentaman politik yang diterima di Sabah, katanya DAP tidak akan mampu mengulangi pencapaian tersebut.

“Jika pengundi Cina di Sabah boleh menarik diri menyokong DAP, maka hanya menunggu masa sebelum masyarakat Cina di tempat lain turut meninggalkan parti itu.

“Orang Cina di negara ini akhirnya akan menyedari realiti politik Malaysia dan menjauhkan diri dari DAP,” katanya.

Sementara itu, katanya penolakan terhadap PH bukan hanya berlaku di Sabah dan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) di Semenanjung, perjalanan politik gabungan pemerintah yang diterajui PH tidak akan mudah.

Ketika ini, katanya skandal perlombongan, isu rasuah dan tindakan berat sebelah SPRM, kekecohan bola sepak FAM meragut mandat politik kerajaan Madani.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) kelihatan bersedia mengambil kesempatan daripada kekosongan politik yang wujud akibat kegagalan prestasi kerajaan PH.

Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo