Majlis angkat sumpah yang disempurnakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.
Susunan Kabinet kali ini terdiri daripada tujuh ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta masing-masing seorang wakil UPKO, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Senarai Penuh Kabinet Baharu Sabah
Timbalan Ketua Menteri
-
Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (GRS–Kundasang)
Portofolio: Kerja Raya & Utiliti -
Datuk Seri Masidi Manjun (GRS–Karanaan)
Portofolio: Kewangan -
Datuk Ewon Benedick (UPKO–Kadamaian)
Portofolio: Perindustrian, Keusahawanan & Pengangkutan
Menteri-Menteri
- Datuk Arifin Arif (GRS–Membakut) – Kerajaan Tempatan & Perumahan
- Datuk Jamawi Jaafar (PH–Melalap) – Pertanian, Perikanan & Industri Makanan
- Datuk Rubin Balang (GRS–Kemabong) – Pembangunan Luar Bandar
- Datuk James Ratib (GRS–Sugut) – Pendidikan, Sains, Teknologi & Inovasi
- Datuk Jafry Ariffin (BN–Sukau) – Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar
- Datuk Julita Mojungki (GRS–Matunggong) – Wanita, Kesihatan & Kesejahteraan Komuniti
- Datuk Nizam Titingan (GRS–Apas) – Pembangunan Belia, Sukan & Ekonomi Kreatif
Pembentukan Kabinet baharu ini dijangka memperkukuh kesinambungan dasar kerajaan negeri, selain memberi tumpuan kepada projek infrastruktur, pemerkasaan ekonomi, kebajikan rakyat dan penambahbaikan sistem penyampaian awam.
Pejabat Ketua Menteri dijangka mengumumkan pelantikan Pembantu Menteri serta ADUN dilantik pada esok hari selepas penyelarasan portfolio dimuktamadkan.
Pada Ahad lalu, Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah bagi penggal kedua.
Dalam PRN Sabah ke-17, GRS memperoleh 29 daripada 73 kerusi, diikuti Warisan (25), BN (6), Bebas (5), UPKO (3), STAR (2), manakala PN, KDM dan PH masing-masing memenangi satu kerusi.

No comments
Post a Comment