NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan berlagak bersih, pemimpin tertinggi DAP juga terpalit isu rasuah



KUALA LUMPUR – DAP didakwa sengaja buat-buat lupa bahawa parti itu sendiri berdepan penolakan rakyat, sebaliknya memilih jalan publisiti murahan dengan melontarkan kenyataan bersifat sindiran bagi menarik perhatian dan meracun pemikiran masyarakat.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk  Abdul Mutalif Abdul Rahim berkata, tindakan pemimpin DAP mengulas isu melibatkan pihak lain ketika sedang berdepan ujian jelas memperlihatkan sikap hipokrit serta kegagalan menunjukkan empati sebagai pemimpin politik dalam sebuah negara majmuk.

Kata Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya itu, kenyataan dibuat Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini adalah contoh paling ketara sikap berkenaan.

Katanya, Bee Yin yang juga Setiausaha Publisiti DAP menerusi Facebook memuat naik satu status berbunyi “Antara yang perlu diraikan menjelang hujung tahun” sambil memaparkan keputusan mahkamah yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan Najib Razak.

“Status itu jelas bernada sindiran dan seolah-olah meraikan musibah orang lain. Ini bukan sahaja tidak sensitif, malah bertentangan dengan nilai empati dan keharmonian yang sering dilaungkan DAP sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Mutalif menegaskan kenyataan sedemikian berpotensi merosakkan keharmonian kaum, membangkitkan kebencian serta mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat malah mampu menggugat perpaduan negara.

Mengulas lanjut, Abdul Mutalif berkata, UMNO tidak pernah mengambil kesempatan ke atas kelemahan pihak lain, termasuk ketika DAP gagal memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah.

“Ketika itu, UMNO tidak mencetuskan perbalahan atau meniup sentimen kebencian. Sebaliknya, kami memberi ruang kepada DAP untuk memperbaiki isu parti dan mendapatkan semula sokongan rakyat,” ujarnya. 

Namun, beliau berkata, sikap yang ditunjukkan DAP hari ini jelas berbeza apabila didakwa gemar mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain demi kepentingan politik sempit.

Beliau turut mengingatkan, rakyat kini semakin matang menilai sikap sebenar pemimpin politik dan tidak mudah terpengaruh dengan permainan persepsi serta publisiti murahan.

“Politik matang bukan meraikan kejatuhan orang lain, tetapi menghormati proses undang-undang dan menjaga keharmonian masyarakat, jangan ingat anda masih lagi pembangkang boleh berterusan dapatkan sokongan rakyat melalui tindak tanduk provokasi seperti sebelum-sebelum ini. 

“Jangan lupa juga, anda juga mempunyai pemimpin tertinggi yang terpalit dengan isu rasuah dan masih lagi cuba membersihkan namanya di mata rakyat, jangan berlagak bersih dan suci,” tegasnya. -MalaysiaGazette 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo