NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jika isu pengampunan Najib satu garis merah, UMNO perlu buat keputusan berprinsip



KUALA LUMPUR – Jika isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak menjadi ujian sebenar kepada pendirian politik UMNO dalam Kerajaan Perpaduan, maka parti itu perlu meletakkan garis merah.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, UMNO mempunyai hak sepenuhnya untuk mengambil tindak balas politik, termasuk menarik diri daripada kerajaan.

Namun, beliau menegaskan, keberkesanan pendirian politik UMNO itu perlu bergantung kepada konsistensi antara kenyataan dan tindakan.

“Tetapi kalau selalu sangat mengugut untuk keluar tetapi tidak keluar pun, lama-lama ugutan demi ugutan di masa hadapan akan menjadi tumpul.,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan rasa tidak puas hati pemimpin UMNO terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan titah adendum dibuat di luar mesyuarat Lembaga Pengampunan adalah tidak sah dari sudut Perlembagaan Persekutuan.

Rafizi berkata, sekiranya isu pengampunan Najib benar-benar merupakan satu garis merah buat UMNO, maka parti itu perlu membuat keputusan yang jelas dan berprinsip, bukannya sekadar mengeluarkan kenyataan berbentuk tekanan politik.

“Tidak perlu ugut, tidak perlu kerah penyokong. Kalau garis merah dilanggar, letaklah jawatan. Begitulah pimpinan UMNO akan diperhatikan rakyat: adakah pengampunan Dato’ Seri Najib ini satu garis merah?

“Sebab kalau ugutan keluar Kerajaan Madani terus dibuat tetapi sampai ke sudah tidak keluar, maksudnya isu pengampunan Dato’ Seri Najib ini bukanlah satu garis merah,” tambahnya.

Beliau turut mengingatkan, ancaman menarik sokongan daripada kerajaan bukanlah perkara baharu dalam politik dan pernah dilakukan oleh parti lain sebelum ini kerana ia hak setiap parti.

Malah, katanya, DAP juga telah memberi bayangan jika reformasi pentadbiran tidak berlaku dengan lebih cepat, dalam tempoh enam bulan DAP boleh menarik diri daripada kerajaan.

Bagaimanapun, Rafizi menegaskan, sebagai rakyat keutamaannya adalah memastikan setiap keputusan negara dibuat berlandaskan undang-undang dan proses yang adil, tanpa mengira status individu terbabit.

Katanya, selagi Najib dilayan secara adil sebagai seorang rakyat biasa di sisi undang-undang, keyakinan terhadap kebebasan institusi kehakiman akan terus terpelihara.

Lagipun, katanya, Najib masih mempunyai ruang untuk meneruskan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Rakyat pula akan menilai integriti sistem kehakiman melalui kekuatan hujah penghakiman yang dibuat di setiap peringkat, ujarnya. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo