- “Keputusan ini adalah satu kemenangan kepada rakyat dan satu langkah penting dalam mengangkat martabat mahkamah serta kedaulatan undang-undang negara. Keadilan hanya bermakna apabila undang-undang terpakai sama rata, tanpa pengecualian berdasarkan kedudukan atau pengaruh,” – MUDA
KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani hukuman melalui tahanan rumah adalah satu langkah penting dalam mengangkat martabat Mahkamah serta kedaulatan undang-undang negara.
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkata pihaknya mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk menjalani hukuman melalui tahanan rumah dan mengekalkan pelaksanaan hukuman penjara seperti yang telah diputuskan.
“Keputusan ini adalah satu kemenangan kepada rakyat dan satu langkah penting dalam mengangkat martabat mahkamah serta kedaulatan undang-undang negara.
“Keadilan hanya bermakna apabila undang-undang terpakai sama rata, tanpa pengecualian berdasarkan kedudukan atau pengaruh,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, keputusan tersebut jelas dan tegas di samping asas yang perlu dipertahankan bagi memastikan sistem keadilan terus dilindungi.
“Mahkamah telah membuat keputusan yang jelas dan tegas selaras dengan prinsip keadilan dan undang-undang sedia ada.
“Inilah asas yang perlu dipertahankan demi memastikan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan terus terpelihara,” jelasnya.
MUDA ingin menegaskan bahawa keadilan mesti ditegakkan secara konsisten dan tanpa kompromi dan campur tangan mana-mana pihak demi masa depan negara.
Terdahulu, media melaporkan, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal menjalani baki hukuman penjaranya di Penjara Kajang, bersabit kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching hari ini menolak permohonan semakan Najib yang juga bekas Presiden UMNO, bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum.
Hakim memutuskan demikian selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.
Sehubungan itu, Yee Ching memutuskan bahawa Titah Adendum itu tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi maksud menjalani tahanan rumah di negara ini. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment