NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PERKASA harap Johari tidak gagal tangani isu ART Malaysia-AS



BANGI, 2 REJAB – PERKASA berharap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang baharu, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, tidak akan gagal seperti pentadbiran terdahulu menangani isu Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang merugikan negara.

Naib Presiden PERKASA, Irwan Fahmi Ideris, berkata Johari juga perlu mengambil tindakan  segera demi memastikan kepentingan rakyat dan negara terpelihara.

Katanya, harapan rakyat kini tertumpu kepada Johari yang sebaik sahaja mengetuai MITI, membuat kenyataan untuk memperbetulkan terma-terma berat sebelah dalam beberapa klausa ART Malaysia-AS.

“Namun, sehingga kini, tiada tindakan konkrit yang menunjukkan kerajaan benar-benar serius untuk memperbetulkan perjanjian yang jelas membebankan rakyat dan kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Irwan Fahmi menegaskan bahawa ART Malaysia-AS berisiko memindahkan beban kepada rakyat dengan kegagalan mengurus isu itu akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa melalui kenaikan cukai, pengurangan subsidi dan peningkatan kos sara hidup, iaitu senario yang tidak boleh diterima.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh lari daripada tanggungjawab dan meminggirkan institusi Raja-Raja Melayu, manakala Johari wajib memastikan dapat memperbetulkan perjanjian secara telus dan adil.

“Kuasa yang diberikan oleh rakyat adalah amanah, bukan lesen untuk cuai, angkuh dan gagal,” katanya

Sehubungan itu, PERKASA menuntut kerajaan dan Johari untuk membentangkan segera pelan pasca matang ART Malaysia-AS secara rasmi dan terbuka.

Selain itu, katanya kerajaan perlu mendedahkan semua fakta, angka dan implikasi sebenar ART Malaysia-AS kepada rakyat dan menjelaskan sama ada perjanjian itu dirujuk kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Katanya, kerajaan juga perlu memastikan perjanjian itu diperbetulkan supaya tidak lagi berat sebelah dan membebankan rakyat.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo