DAP DAN REDLINE POLITIK
1. Sebenarnya, DAP ini sifirnya mudah. Mereka akan lakukan apa sahaja demi pengundi. Mereka betul-betul hargai penyokong mereka.
2. Kalau pengundi mula tolak mereka, mereka ubah cara. Mereka buat sesuatu yang ingin ambil hati “base voters” mereka.
3. Sebab itu kita tengok, apabila mereka ditolak di Sabah secara total, mereka terus ubah nada. Mereka faham, bersekongkol dengan Kerajaan Madani akan menyebabkan “base voters” mereka lari.
4. Berlembut atau “tengok sahaja” gejala rasuah dan kegagalan reformasi Kerajaan Madani akan menyebabkan “base voters” mereka hilang kepercayaan.
5. Maka mereka segera berubah. Dengar cerita DAP mesyuarat panjang selepas kekalahan di Sabah. Terus Anthony Loke bagi timeline 6 bulan untuk “meaningful reform”. Kasar.
6. Itulah DAP. Tapi adalah juga bagusnya.
7. Bandingkan dengan PKR dan UMNO. Ada mereka peduli?
8. Walaupun UMNO menjerit No Anwar, No Bersatu, No DAP dahulu tapi demi kuasa, mereka gabung juga dengan PKR dan DAP. Demi rakyat katanya. Ada mereka kisah suara hati pengundi mereka yang tidak suka DAP?
9. Tidak peduli sangat. Malah di”normalisasi”kan pula UMDAP. Dah terpaksalah abang-abang pejuang Melayu pakai vest lambang PH turun berkempen.
10. Pengundi dan penyokong boleh terima? Anda nilailah sendiri. š¤·š»
11. PKR lagilah. Kita sudah lihat banyak janji-janji reformasi tidak dikotakan pun. “Base voters” dan “hardcore” mereka pun sudah hilang percaya.
12. Kalau tidak, takkanlah Dato’ Ambiga BERSIH kata “kerajaan paling diktator”, Thommy Thomas kata ART perjanjian paling buruk sejak merdeka. Ini semua “hardcore” PH. Sama-sama berpeluh dijalanan dahulu. Fahmi Reza pun kena jugak. š³
13. Maka, mereka pun tidak peduli sangat asal kekal berkuasa. Mungkin bagi mereka, ala, nanti kita gorengla. Buat suara-suara serak, sengau sikit, bahasa-bahasa sastera, okayla tu sedagha.
14. Maaflah. Akhirnya yang benar-benar kental dalam perjuangan ialah PAS š¢. Orang kata tunggang agamalah, lebai gila kuasalah, apalah - akhirnya kita dapat tengok “redline” PAS adalah Islam.
15. Gabunglah macam mana pun, tahallufla bagaimana pun, kalau Islam dipertikai dan ditolak, kita pecah. Contoh Pakatan Rakyat dulu.
16. Kalau kena bertanding solo, kita bertanding solo. Kalau ada rakan yang baik, dan memahami perjuangan PAS, kita gabung.
17. Kalau tidak menang, tidak apa, asalkan “redline” tidak dikompromi.
18. PAS tidak keterlaluan “menyembah” kuasa atau “pengundi”. PAS mempertahankan ideologi, sejak dahulu, sehingga kini.
YUSFARIZAL YUSSOFF

No comments
Post a Comment