Setiap pagi Selasa, kebiasaannya adalah slot Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.
Slot ini amatlah dinantikan bagi sesiapa yang berminat kerana dapatlah disaksikan sendiri kehebatan PMX bersyarah, berpusing sana sini sehingga berbelit lagi terbelit.
Pagi ini, PMX agak melenting kepanasan apabila YB Masjid Tanah membangkitkan isu berkenaan peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanannya sendiri akibat skandal rasuah.
YB Masjid Tanah berkata sepatutnya PMX segan apabila mengatakan tindakan meletak jawatan itu sebagai bukti integriti Kerajaan Madani sedangkan Shamsul meletak jawatan hanya setelah bukti terdedah dan tular di seluruh negara.
YB Masjid Tanah juga bertanya mengapa PMX tidak mengikut nasihat YB Pandan agar tindakan lebih awal diambil kepada Setiausaha Politik Kanan itu?
Beliau turut mempertikaikan tindakan pengendali platform X (Twitter) rasmi PMX yang mengulangsiar (repost) kandungan daripada laskar siber PH berkaitan ahli perniagaan Albert Tei yang membuat pendedahan berkaitan kes rasuah Shamsul.
Bukankah ini suatu prejudis kerana kes ini sedang disiasat dan apakah jaminan SPRM akan bertindak dengan bebas tanpa campurtangan politik khususnya pihak eksekutif?
Apa jawapan PMX kepada persoalan ini?
1) Dia tak akan pecat pegawai hanya kerana tulis surat sokongan kepada kontraktor, isu kecil sahaja katanya
2) Dia pertikai pula berkenaan surat Exco Infrastruktur Kerajaan Negeri Terengganu, Pembangkang hipokrit katanya.
3) Shamsul Iskandar sudah digari dan berbaju oren. Hendak suruh buat apa lagi katanya?
4) SPRM era Madani lebih berwibawa kerana berani bertindak terhadap kartel sindiket besar yang sudah lama dibiarkan
5) Dia tidak tahu dan tidak sempat melihat apa yang admin X/Twitternya repost
6) Mengapa Pembangkang nak jadi hero pertahankan perasuah besar?
YB Hulu Terengganu terus bangkit tanya PMX, sebutkan siapa pemimpin Pembangkang itu secara spesifik?
Tidak boleh tuduh rambang begitu.
PMX kata dalam siasatan kes mantan Menteri Kewangan, Tun Daim yang ada harta bilion Ringgit di dalam dan luar negara, dia kata Arau bangun pertahan.
Pandai-pandai je dia petik nama orang begitu sebagai contoh konon.
Dia kata Pembangkang mahu melindungi orang sakit, orang tua yang mencuri dan mengambil rasuah.
Sungguh jahat tuduhan PMX ini kepada dua pihak;
1) Arwah Tun Daim yang sudah pun meninggal dunia tetapi dituduh macam-macam sedangkan sampai sekarang kes masih dalam siasatan.
Bagaimana Arwah mahu membela diri terhadap dakwaan PMX bahawa orang tua, orang sakit boleh mencuri berbilion Ringgit?
Hebat kan PMX ini, dia boleh tuduh orang lain macam-macam.
Dia pegawai SPRM ke jadi tukang siasat?
Dia Peguam Negara ke jadi tukang dakwa di mahkamah?
Dia hakim ke jatuh hukum orang sudah bersalah?
2) PN sering dituduh mempertahankan perasuah, perompak dan pencuri.
Pelik sungguh PMX ini.
Siapa pemimpin PN yang pertahankan itu?
Siapa pula si perasuah, perompak dan pencuri?
Itulah skrip sama yang dia sentiasa ulang dalam siri ucapannya di mana-mana majlis pun.
Sebab memang kepakaran dia melempar tuduhan palsu.
Dia pernah tuduh PN terima dana judi, apa hasil siasatan SPRM? Sudah bertahun fitnah ini sampai sekarang tidak ada terdedah apa-apa.
Dia pernah tuduh Pengerusi PN pertahan subsidi untuk warga asing, apa hasil siasatan MCMC?
Sudah berbulan fitnah ini sampai sekarang tidak ada bukti melaikan terbukti ia adalah fake news.
Yang dulunya bersungguh berjoget menyanyi Hoi Ya Hoi itu siapa?
Yang dia lantik menjadi timbalan DNAA 47 itu siapa?
Yang sudah terkantoi rasuah bernilai RM600 ribu itu bukan ke Setiausaha Politik Kanannya sendiri?
Yang menjadi usahawan jutawan segera pada era Madani bukan ke mantan Setiausaha Politiknya sendiri?
Inilah masalah PMX.
Dia berlagak suci bersih, hakikat sebenarnya rakyat sendiri boleh menilai begitu berbelit lagi terbelitnya apabila dia bersyarah bab tatakelola, integriti dan perangi rasuah.
Tak ubah seperti kata pepatah Melayu, "bagai ayam ditombong kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi."
Sumber : Fb Syed Ahmad Fadli

No comments
Post a Comment