NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Suami isteri maut, bayi cedera kemalangan di Kota Tinggi



JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri maut manakala bayi berusia enam bulan cedera selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Yusof Othman berkata, kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari dan pemandu lelaki berusia 24 tahun serta wanita 28 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Bayi perempuan yang duduk di kerusi keselamatan kanak-kanak cedera di kepala dan sedang dirawat di Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah lori kelapa sawit tanpa muatan, sebelum serpihan kemalangan terkena Toyota Vios.

Bagaimanapun, pemandu lori berusia 47 tahun hanya cedera ringan manakala lelaki 46 tahun yang memandu Vios tidak cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo