NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warga Nepal disyaki liwat kucing ditahan polis



KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning dekat sini kelmarin

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan mengenainya daripada salah seorang penghuni di pangsapuri berkenaan kira-kira 12.30 pagi.

“Siasatan mendapati, pengadu bersama suaminya yang baru tiba di kediaman mereka melihat dari dalam kereta seorang lelaki dalam keadaan bogel dipercayai sedang meliwat seekor kucing.

“Suami pengadu kemudian naik ke aras empat untuk menegur perbuatan suspek tetapi suspek mencampak kucing itu ke bawah sebelum melarikan diri dan kejadian itu turut dirakam oleh pengadu menggunakan telefon bimbitnya.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki warganegara Nepal berumur 33 tahun yang dipercayai suspek kejadian pukul 4.45 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri terbabit ditahanan reman selama lima hari bermula 15 hingga 19 November oleh Majistret Mahkamah Shah Alam bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, suspek tiada sebarang masalah mental dan ketika kejadian di bawah pengaruh alkohol.

“(Keadaan, jantina serta spesies kucing)…tidak pasti kerana kucing berkenaan gagal dikesan setelah kejadian,” kata Ramsay dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kesalahan iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad di talian 0111-6958529. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo