BANGI, 24 JAMADILAWAL – Kecenderungan rakyat Sabah untuk berpihak kepada politik berdasarkan identiti wilayah dijangka akan memberi cabaran besar kepada parti-parti politik dari Semenanjung untuk terus menawan hati pengundi setempat.
Profesor Sosiologi Politik, Prof Dr Novel Lyndon berkata, perkara itu dapat dilihat dari persepektif sosiologi politik yang mana situasi sama sudah lama berlaku di Sarawak.
Beliau berkata, meskipun masih ada sokongan terhadap parti nasional seperti UMNO, PKR dan DAP, pengundi Sabah dijangka lebih cenderung menilai keberkesanan parti-parti politik tempatan yang dianggap lebih memahami realiti setempat.
“Kejayaan model Gabungan Parti Sarawak (GPS) jelas memberi inspirasi kepada pemimpin Sabah untuk memperkukuh blok politik tempatan yang memberi penekanan kepada autonomi dan kepentingan negeri.
“Namun demikian, perbezaan struktur masyarkaat serta pelbagai etinik dan sejarah politik Sabah menjadikan pembentukan dominasi seperti GPS lebih sukar.
“Jika parti-parti tempatan dapat membuktikan keberkesanan tadbir urus dan komitmen terhadap pembangunan, maka gelombang ‘Sabah-frist’ akan menjadi semakin kuat,” katanya kepada TV Pertiwi.
Hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dijadual berlangsung pada 29 November depan yang mana proses penamaan calon sudahpun bermula hari ini.
Dalam pada itu, Novel berkata, tema pilihan raya kali ini akan berkisar kepada tiga isu utama iaitu perjuangan menentang rasuah, naratif ‘Sabah untuk Sabahan, dan isu kebajikan rakyat.
Beliau berkata, rakyat Sabah kini menunjukkan keletihan terhadap rasuah dan politik elit yang tidak memberikan hasil nyata.
Oleh itu, katanya, tema antikorupsi berpotensi menjadi slogan moral yang kuat untuk mmebentuk pandangan pengundi tentang kejujuran dan tanggungjawab calon.
“Di samping itu, naratif “Sabah untuk Sabahan” terus berperanan sebagai simbol solidariti rakyat negeri ini terhadap hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk tuntutan 40% daripada hasil cukai.
“Parti yang berjaya menggabungkan wacana moral (integriti) dengan identiti (hak negeri) serta agenda kesejahteraan rakyat akan memiliki kelebihan strategik dalam meraih sokongan pengundi,” ujarnya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment