NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga petang ini



KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor serta beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak hingga jam 3 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan dijangka terjejas di Terengganu ialah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang, manakala di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Di Selangor, cuaca buruk diramal berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, manakala di Negeri Sembilan meliputi Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

Bagi Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Betong dan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah). - Bernama


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo