NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek Mega atau Tanggungjawab Awam? Terengganu Pilih Kepentingan Rakyat

Untuk makluman rakyat Terengganu. Pentadbiran kerajaan negeri Terengganu beroperasi dalam keadaan MESTI melunaskan 2 perkara  penting

1. Hutang Awam dengan kerajaan pusat
2. Lunaskan projek2 yang sudah siap dibina dan bakal siap yang diwujudkan oleh pentadbiran sebelumnya

Pertama hutang awam. Berikut jadual hutang awam yang dilunaskan sedikit demi sedikit.

2018 – rm733
2019 – rm480 j 
2020 – rm280 j
2021 -rm266 j
2022 - rm252 j
2023 - rm231 j
2024 - rm138 j

Kedua. BAYARAN BERJADUAL dan BAYARAN TERTANGGUH untuk projek-projek dilaksanakan pada zaman pentadbiran BN

Senarainya seperti berikut

BAYARAN TERTANGGUH

1. Projek  Loji Rawatan Air Bukit Sah, Kemaman, bernilai 686,878 j, bayaran selama 6 tahun

2. Projek Skim Bekalan Air Kuala Terengganu Utara, bernilai 1.3 bilion, bayaran selama 13 tahun

BAYARAN BERJADUAL

1. Pusat Pentadbiran Kuala Nerus, bernilai 600 juta, bayaran selama 8.5 tahun

2. Muara Sungai Kuala Terengganu, bernilai 90 juta, bayaran selama 5 tahun

3. Asrama Atlet MSNT, bernilai 95 juta, bayaran selama 5 tahun

4. Bandar baru Kijal, bernilai 250 Juta, bayaran selama 5 tahun

Semuanya berjumlah 3,028,508,000. Atau ringkasnya bernilai 3 bilion.

Lalu mengikut perjanjian bayaran-bayaran ini perlu dilakukan seperti berikut:[6]
2016- 70 j
2017- 70 j
2018- 101.2 juta
2019 – 290.8 juta
2020 – 348.1 juta
2021 – 382.2 juta
2022 – 371 juta
2023 - 339 juta
2024 - 248 juta
2025 – 2031 108 juta setiap tahun
dan terakhir 2032 , RM 45.3 juta.

Yg bertanya di mana projek2 mega. Ye, tuan2 memang tidak dapat lihat projek mega untuk saat ini. Lihatlah senarai projek pembangunan yang sehingga kini menjadi tanggungjawab kerajaan semasa untuk siapkan dan lunaskan.

Tidak mengapa walaupun projek itu datang daripada pentadbiran sebelumnya, selagi mana manfaatnya untuk masyarakat, kita teruskan. Bukan kita hentikan seperti beberapa2 projek gajah putih yg kita lihat hari ini.

Saya sentiasa berulang kali sebut. Terima kasih DSN kerana telah bawakan ECRL ke Pantai Timur. ECER juga kita tak lupakan. kami juga rakyat Malaysia. Sebahagian daripada negara ini. Sudah berbilion juga perairan negeri kami berkhidmat untuk negara.

Malah, PAS tiada masalah pun dengan UMNO. PAS bersedia jika UMNO ingin bersama semula di dalam MN. kita sangat mengharapkan akan tiba saatnya nanti penyatuan umat melayu di dalam negara kita.

Terengganu sedang berada di landasan tepat. Kita pernah tergelincir dari landasan. Itu dulu. Kini sedang diluruskan. Beberapa perkara positif sedang berjalan. Dan bakal berlari dengan laju. Masa akan menentukan. Berikut saya senaraikan:

1. Purata hasil negeri sedang berkembang. RM264 juta. Sasaran kita akan cecah purata RM300 juta.
2. Nilai pelaburan juga sedang meningkat saban tahun secara kumulatif berada RM14 bilion
3. Bilangan perniagaan dan syarikat tempatan juga semakin meningkat. 34, 146 pada tahun 2024, 38,448 pada tahun 2025
4. Kadar pengangguran juga semakin menurun. Kita pernah berada di tahap tertinggi 4.8% pada tahun 2018. Kini 2025, kita berada di paras terendah 2.8%. Malah di bawah paras nasional.
5. Terengganu dinobatkan negeri paling paling bahagia

Seterusnya 2026/2027 - ECRL bakal beroperasi. Suku Kedua 2026. Tender Pojek Solar Terapung di Tasik Kenyir akan dibuka. Projek bakal bermula. Fasa 1 berkapasiti 500 Megawatt. Berbanding Empangan Tasik Kenyir yg hanya hasilkan 400MW.

Fasa kedua pula akan dilaksanakan Projek Hidrogen Hijau. Tenaganya nanti boleh dieksport ke luar. Pasaran Antarabangsa.

Fasa ketiga pula. Akan memasuki kapasiti Solar 1,000 MW. 

Ini belum lagi kita bincangkan REE yang menjadi harta bersama untuk rakyat Terengganu di masa hadapan. Terkandung di dalam perut bumi bertuah ini, 700 juta Tan REE. Nilaiannya tidak terkata

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo