NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu Dinafikan Royalti Petroleum Sebanyak RM2.03 bilion Dalam Tempoh 3 Tahun

Satu, selepas dibongkarkan bahawa Kerajaan Negeri hanya diberikan separuh hak menguruskan royalti Terengganu. 

Terdiam habis penyokong PH-BN. 

Sebelum ini dengan yakin mereka kata,

"kan duit royalti masuk doh... bakpe kata takdok duit jugok..." 

Dua, bila dikeluarkan, bahawa : 

2023 dari anggaran royalti RM 1.52 bilion, yang masuk ke akaun Kerajaan Negeri hanyalah RM 802 juta. 

2024 dari jumlah royalti RM 1.55 bilion, yang masuk ke akaun negeri adalah RM 733 juta. 

2025 pula bagi sehingga 2 November, daripada RM 1.08 bilion, yang masuk hanyalah RM 583 juta sahaja. 

Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri dinafikan royalti petroleum sebanyak RM2.03 bilion. Bukan sikit bosku. 

Tiga, ada orang tanya, "doh gi duane 2 biliyun tu..." 

Dok tahu lah pok, kena tanya Menteri Kewangan. Dia wat gi ke mana. 

Begitulah tuan-tuan. Nak sebut macam mana pun tak tahu dah. Jadi kita serah pada Allah lah urusan mereka. 

Empat, di hari Jumaat yang mulia ini. Mari kita tadah tangan sama-sama, aminkan doa. 

"Ya Allah, Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa. Kami mohon kepada-Mu lembutkanlah hati pemimpin negara kami, agar mereka terbuka hati mereka untuk mengembalikan semula hak royalti negeri Terengganu diuruskan sendiri oleh Kerajaan Negeri sebagaimana kebiasaannya sebelum 2023. Ya Allah, Engkau makbulkanlah doa kami, sesungguhnya kami teramat terasa dizalimi..." 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo