Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 24,426 pengundi awal layak mengundi — terdiri daripada 11,697 anggota tentera dan pasangan serta 12,729 anggota polis dan pasangan.
Setakat jam 3 petang, peratusan keluar mengundi direkodkan pada 91 peratus, bersamaan 17,333 pengundi. Angka ini jauh mengatasi rekod PRN Sabah 2020, yang ketika itu hanya mencatat 56.45 peratus dalam tempoh yang sama.
SPR memaklumkan, semua kertas undi awal akan disimpan dengan selamat di balai polis terpilih sebelum proses pengiraan dibuat pada 29 November, iaitu hari pengundian utama.
PRN Sabah ke-17 menyaksikan pertandingan sengit melibatkan parti-parti utama dalam blok kerajaan dan pembangkang, dengan keputusan awal dijangka memberi petunjuk awal arus sokongan dalam kalangan anggota keselamatan.

No comments
Post a Comment