NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN gesa siasatan terhadap Perdana Menteri berhubung dakwaan salah guna kuasa



  • Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, skandal berkenaan mengejutkan rakyat kerana ia melibatkan individu yang berada dalam lingkungan terdekat Perdana Menteri.
  • Menurut beliau, lebih membimbangkan, bekas Setiausaha Politik Kanan itu serta Perdana Menteri didakwa terlibat dalam satu konspirasi untuk menggunakan kes rasuah lesen mineral yang membabitkan ahli-ahli politik Sabah dari parti GRS demi kepentingan politik peribadi.
  • “Video pendedahan oleh seorang individu bernama Albert Tei yang tular hari ini (semalam) menimbulkan beberapa persoalan yang amat meresahkan mengenai integriti Perdana Menteri,” katanya

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah guna kuasa.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dakwaan rasuah yang membabitkan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, cetus kebimbangan berlakunya salah guna kuasa.

Menurut Muhyiddin, skandal berkenaan mengejutkan rakyat kerana ia melibatkan individu yang berada dalam lingkungan terdekat Perdana Menteri.

Lebih membimbangkan katanya, bekas Setiausaha Politik Kanan tersebut serta Perdana Menteri didakwa terlibat dalam satu konspirasi untuk menggunakan kes rasuah lesen mineral yang membabitkan ahli-ahli politik Sabah dari parti GRS demi kepentingan politik peribadi.

“Ini dakwaan yang jauh lebih berat daripada tuduhan rasuah terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.

“Video pendedahan oleh seorang individu bernama Albert Tei yang tular hari ini (semalam) menimbulkan beberapa persoalan yang amat meresahkan mengenai integriti Perdana Menteri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Muhyiddin turut mempersoalkan adakah benar Perdana Menteri menggunakan kedudukannya untuk melindungi ahli-ahli politik GRS yang terbabit dalam kes rasuah lesen mineral Sabah sebagai balasan untuk mereka terus menyokong Perdana Menteri dan Kerajaan Madani.

Beliau menyatakan Adakah benar Perdana Menteri menggunakan kes rasuah ahli-ahli politik GRS sebagai ugutan terhadap ahli-ahli politik tersebut.

“Perdana Menteri tidak boleh mengelak daripada menjawab persoalan-persoalan ini,” ujarnya. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo