- Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Kartini Aboo Talib berkata, tuduhan berkenaan menuntut tindakan segera dan tegas daripada kepimpinan tertinggi kerajaan bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap komitmen reformasi.
- Menurut Kartini, langkah pemulihan imej kerajaan perlu dilakukan melalui mekanisme yang telus dan bebas.
- Beliau juga menegaskan bahawa hukuman sewajarnya perlu dipertimbangkan sekiranya siasatan mendapati wujud pelanggaran undang-undang.
KUALA LUMPUR – Penganalisis politik menyifatkan dakwaan skandal melibatkan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai satu tamparan kepada imej Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, khususnya dalam perjuangan menegakkan integriti dan agenda anti-rasuah.
Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Kartini Aboo Talib berkata, tuduhan berkenaan menuntut tindakan segera dan tegas daripada kepimpinan tertinggi kerajaan bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap komitmen reformasi kerajaan dan Perdana Menteri.
“Skandal melibatkan Datuk Seri Shamsul Iskandar telah mencalarkan imej PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai pejuang anti-rasuah dan ketegasan kepada integriti tata kelola,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times.
Menurut Kartini, langkah pemulihan imej kerajaan perlu dilakukan melalui mekanisme yang telus dan bebas.
Beliau juga menegaskan bahawa hukuman sewajarnya perlu dipertimbangkan sekiranya siasatan mendapati wujud pelanggaran undang-undang.
“Bagi memulihkan keadaan, Perdana Menteri perlu menunjukkan ketegasan melalui siasatan bebas, ketelusan dan pengukuhan institusi.
“Malah hukuman sewajarnya perlu dikenakan selain daripada peletakan jawatan iaitu siasatan SPRM dan tindakan undang-undang jika terbukti bersalah,” tegasnya.
Kartini menambah bahawa rakyat menuntut konsistensi dalam tindakan kepimpinan kerajaan, khususnya dalam isu integriti.
“Secara peribadi, konsistensi dalam disiplin dan tindakan demi wibawa pemimpin dan integriti negara perlu dibuktikan, bukan sekadar retorik,” ujarnya.
Kelmarin, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatan selepas dikatakan wujud percubaan untuk memburukkan dirinya sekali gus boleh mencemarkan imej Kerajaan Madani.
Ia susulan pendedahan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli baru-baru ini, bahawa Shamsul Iskandar merupakan individu yang menulis surat sokongan kepada enam kontraktor bagi projek pembinaan sebuah hospital, tahun lalu. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment