NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penunjuk perasaan Thai desak Anwar henti ‘campur tangan’ isu sempadan

Sekumpulan penunjuk perasaan berhimpun di hadapan Kedutaan Malaysia di Bangkok hari ini, mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghentikan apa yang mereka dakulkan sebagai “campur tangan” dalam pertikaian sempadan Thailand-Kemboja.

Menurut Bangkok Post, demonstrasi itu dianjurkan gabungan nasionalis United Power of the Land to Protect Sovereignty (Ruam Palang Phaen Din Pok Pong Athipatai), yang turut disertai beberapa tokoh politik dan aktivis termasuk Pichit Chaimongkol, bekas senator Kaewsan Atibodhi, bekas pemimpin Baju Merah Jatuporn Prompan dan peguam Nitithorn Lamlua.

Dengan membawa bendera Thailand serta sepanduk, kumpulan itu berarak ke kedutaan menggunakan trak dengan pembesar suara, sebelum menuduh Anwar—dalam kapasitinya sebelum ini sebagai pengerusi Asean—mengganggu usaha mempertahankan kedaulatan Thailand.

Mereka turut menggesa Anwar tidak “menekan” Bangkok untuk berunding dengan Kemboja berhubung kawasan sempadan yang menjadi pertikaian.

Kontroversi Perjanjian Damai KL

Isu berkenaan timbul susulan “Perjanjian Damai KL” yang ditandatangani 26 Oktober lalu antara Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di Kuala Lumpur, disaksikan Anwar dan Presiden AS Donald Trump.

Perjanjian itu bagaimanapun tergugat selepas Anutin menangguhkannya ekoran insiden letupan periuk api di kawasan sempadan yang mencederakan anggota tentera Thailand.

Anwar kemudian memaklumkan bahawa Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Nizam Jaffar, ditugaskan menyambung semula rundingan.

Tuduhan campur tangan politik

Dalam ucapannya, Pichit mendakwa Anwar “melampaui peranan” sebagai pengerusi Asean dengan mengarahkan Thailand menghentikan operasi ketenteraan di sempadan.

Kaewsan pula menuduh Malaysia mempunyai kepentingan ekonomi tertentu di Kemboja dan mendakwa dialog damai digunakan Anwar untuk tujuan politik domestik.

Beliau turut menggesa Asean memastikan Anwar “tidak lagi mempunyai ruang” dalam blok serantau.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo