NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Larangan Akaun Media Sosial Bawah 16 Tahun Disasar Bermula Tahun Depan – Fahmi

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan pelaksanaan larangan pembukaan akaun media sosial bagi individu bawah 16 tahun bermula tahun depan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas Kabinet bersetuju menetapkan had umur minimum bagi mengekang jenayah siber merentas usia serta melindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual.

“Kita berharap menjelang tahun depan, semua platform media sosial dapat akur dengan dasar baharu kerajaan ini,” katanya pada Majlis Penutup Seminar Kesedaran Penipuan Siber Komuniti India Lembah Pantai, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan kini meneliti mekanisme terbaik untuk memastikan penguatkuasaan larangan itu, termasuk belajar daripada model Australia dan beberapa negara lain.

Antara pendekatan yang dipertimbangkan ialah mewajibkan platform melaksanakan pengesahan eKYC menggunakan dokumen pengenalan diri rasmi seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID.

“Kita jangka pelaksanaannya dapat dibuat tahun depan. Dengan kerjasama kerajaan, pengawal selia dan ibu bapa, kita mahu memastikan internet di Malaysia bukan sahaja pantas dan mampu milik, tetapi juga selamat untuk kanak-kanak dan keluarga,” katanya.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo