NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahkamah: AirAsia Tiada Hak Pecat Krew Kerana Hantaran Media Sosial

Seorang pramugara AirAsia yang dipecat selepas memuat naik hantaran peribadi di media sosial, kini menang dalam tuntutannya di Mahkamah Perusahaan.

Mahkamah memutuskan pemecatan Hyffny Yusof sebagai tidak sah dan memerintahkan AirAsia membayar pampasan RM31,920, selepas mendapati hantaran beliau tidak menjejaskan reputasi syarikat.

Hyffny sebelum ini menulis di Facebook dan Instagram mengkritik cara pengurusan menangani insiden krew yang terkandas hampir 12 jam, sambil menggunakan perkataan “idiot” terhadap seorang eksekutif.

Hakim menyatakan bahawa hantaran itu dibuat dalam kapasiti peribadi, di luar waktu kerja dan bukan penghinaan awam, malah menggambarkan kekecewaan yang wajar.

Mahkamah juga menegur dasar media sosial AirAsia yang dianggap terlalu menyekat kebebasan bersuara pekerja, sambil menegaskan bahawa hak bersuara tidak hilang hanya kerana seseorang bekerja dengan syarikat penerbangan.

Keputusan ini dilihat sebagai mesej penting kepada majikan besar agar lebih berhati-hati menafsir “salah laku digital” dalam era media sosial.

-- 1Media.my

Editor : "Dalam dunia di mana setiap status Media Social boleh mengundang tindakan disiplin, keputusan mahkamah ini mungkin jadi penanda aras baharu bagi hak pekerja di media sosial.”

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo