NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kezaliman Gaza memuncak: ‘Diam bererti bersubahat dengan genosid’



  • Pengarah Kempen The Rightful Gift, Muhd Farhan Muhd Fadhil, berkata sebarang usaha menormalisasikan hubungan dengan rejim Zionis serta pihak berkaitan, termasuk berdiam diri, berpeluk tubuh atau berlepas tangan wajib ditolak.
  • “Dalam isu kemanusiaan dan kezaliman yang jelas ini, menjadi neutral bukan satu pilihan. Tanggungjawab menyuarakan kebenaran dan membantu mangsa genosid adalah kewajipan syarie, tuntutan moral dan kemanusiaan,” jelasnya.
  • Katanya, suara rakyat Palestin juga tidak boleh diabaikan dalam sebarang perancangan membabitkan mereka.

KUALA LUMPUR – Dalam konteks krisis kemanusiaan dan kezaliman yang berlaku di Gaza, menjadi neutral bukanlah satu pilihan, demi menegakkan kebenaran serta membantu mangsa genosid, dan segala bentuk usaha untuk menormalisasikan hubungan dengan Israel wajar ditolak.

Pengarah Kempen The Rightful Gift, Muhd Farhan Muhd Fadhil, berkata sebarang usaha menormalisasikan hubungan dengan rejim Zionis serta pihak berkaitan, termasuk berdiam diri, berpeluk tubuh atau berlepas tangan wajib ditolak.

Sebaliknya, menurut Muhd Farhan, tindakan mempertahan dan membantu rakyat Palestin harus menjadi tanggungjawab semua pihak sebagai benteng mempertahankan kemanusiaan.

“Dalam isu kemanusiaan dan kezaliman yang jelas ini, menjadi neutral bukan satu pilihan. Tanggungjawab menyuarakan kebenaran dan membantu mangsa genosid adalah kewajipan syarie, tuntutan moral dan kemanusiaan,” jelasnya dalam sidang media The Rigtful Gift di Perpustakaan Astaka Fikir, Bangi, hari ini.

Katanya, suara rakyat Palestin juga tidak boleh diabaikan dalam sebarang perancangan membabitkan mereka.

Mengambil contoh Pelan Damai Trump untuk Gaza, walaupun ia diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebagai organisasi kemanusiaan, mereka perlu mengambil kira suara rakyat Palestin.

“Kami menegaskan bahawa sebarang pelan damai, termasuk gencatan senjata, pengunduran tentera Israel, pertukaran tawanan dan penubuhan Pasukan Penstabilan Antarabangsa, tetap tidak boleh mengabaikan suara rakyat Palestin sendiri,” tegasnya.

Muhd Farhan turut menekankan risiko berulangnya kitaran penindasan dan genosid yang terus wujud sekiranya pelan yang digubal gagal menjamin kelancaran akses bantuan.

“Akses bantuan tanpa halangan, perlindungan orang awam dan hak Palestin perlu dijamin di dalam Pelan yang kukuh kerana Gaza hanya memerlukan keadilan.

“Kami menyokong pendirian Malaysia bahawa keamanan sebenar hanya boleh dicapai apabila hak, kebebasan dan maruah rakyat Palestin diiktiraf tanpa syarat,” ujarnya. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo