BANGI, 4 JAMADILAKHIR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, Kumaran Krishnan, untuk menubuhkan sekolah menengah Tamil pertama di Malaysia sebagai bertentangan dengan Perlembagaan.
Ahli Dewan Tertinggi PERKASA, Azrol Mansor, berkata penubuhan sekolah Tamil tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan tetapi hanya dibenarkan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada yang melindungi pendidikan vernakular.
“Cadangan ini tidak wajar diketengahkan dalam keadaan kita berusaha untuk mencapai perpaduan nasional.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu belajar mengenai sejarah, sejarah penubuhan sekolah-sekolah jenis Cina dan India sebenarnya adalah untuk golongan-golongan buruh Cina dan India yang datang ke Tanah Melayu untuk menjadi pekerja buruh sebelum merdeka. Dan Perkasa pihak-pihak ini membaca laporan Barnes 1951 sendiri yang menyeru kepada pemansuhan sekolah vernakular ini,” katanya.
Laporan Barnes 1951 ialah sebuah laporan pendidikan yang mencadangkan pembubaran sekolah vernakular (berasingan mengikut kaum) dan digantikan dengan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
PERKASA bimbang sekiranya cadangan menubuhkan sekolah menengah Tamil ini diterima, ia berpotensi mencetuskan perpecahan perpaduan kaum di Malaysia.
“Dan jalan yang terbaik untuk mengekalkan perpaduan kaum yang ada ialah dengan menghapuskan sekolah vernakular, dan memperkasakan sekolah satu aliran,” katanya.
Cadangan ADUN Bagan Dalam itu mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Tamil, Malaysia Hindhudharma Maamandram (Maamandram), yang mendakwa ia bukan sekadar projek pendidikan tetapi satu langkah bersejarah untuk mewujudkan sekolah menengah Tamil pertama dan satu-satunya di negara ini.
Presiden Maamandram, Rishikumar Vadivelu, menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang mempercepatkan proses permohonan itu ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan seterusnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mendakwa ketiadaan sekolah menengah Tamil menyebabkan ribuan pelajar lepasan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kehilangan kesinambungan pembelajaran dalam bahasa ibunda, selain menyumbang kepada jurang kefahaman dan hakisan warisan budaya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment