NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Skandal PRN Sabah: Ada dakwaan pembantu kerajaan terlibat rasuah



BANGI, 4 JAMADILAKHIR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ramai pihak mengeluh mengenai skandal yang didakwa berleluasa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Dalam kenyataan ringkas di Facebook, beliau menyebut bahawa rakyat turut mendakwa amalan rasuah itu melibatkan pegawai kerajaan sendiri, meskipun kerajaan ketika ini sering menampilkan imej seolah-olah sedang berjuang menghapuskan rasuah.

“Ramai yang mengeluh kerana skandal yang berleluasa dalam PRN Sabah. Disebut juga yang mengamal rasuah ialah pegawai dan Kerajaan.

“Sebaliknya Kerajaan konon sedang berjuang menghapus rasuah. Ternampak seperti biasa Kerajaan kata lain, buat lain,” katanya.

Dr. Mahathir turut mendedahkan bahawa terdapat seorang tokoh yang telah membuat penelitian dan memiliki bukti yang menunjukkan penglibatan pembantu kerajaan dalam kegiatan rasuah secara langsung.

“Kali ini ada tokoh yang sudah selidik dan bersedia dengan bukti bahawa pembantu kerajaan terlibat secara langsung dengan rasuah.”

Beliau bagaimanapun berkata beliau hanya mampu menasihatkan individu berkenaan supaya menghubungi pihak media bagi mendedahkan maklumat tersebut.

“Saya hanya dapat nasihat supaya ia hubungi pihak media,” katanya.

Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo