KUALA LUMPUR – Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengecam kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang sebelum ini dilapor menyerang secara terbuka Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua Penerangannya, Harris Idham Rashid berkata, jika Saifuddin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden, adalah lebih baik beliau mengambil tindakan untuk meninggalkan parti.
“Tindakan Saifuddin dilakukan dengan niat jahat untuk merosakkan kestabilan parti, bermotif kepentingan peribadi juga kelompok tertentu.
“Ini bukan demi kebaikan perjuangan bersama.
“Kami menggesa agar tindakan tegas segera diambil,” katanya dalam satu kenyataan.
Haris turut menggesa Lembaga Disiplin parti untuk mengambil tindakan tegas dan pantas terhadap Saifuddin.
“Tak perlu tunggu aduan, siasatan atau proses pendengaran yang berlarutan.
“Armada juga mengeluarkan peringatan keras kepada seluruh ahli parti bahawa tiada individu yang lebih besar nilainya berbanding parti itu sendiri,” katanya.
Jelasnya, setiap ahli dituntut untuk memelihara disiplin dan menghormati wadah perjuangan Bersatu.
“Sesiapa sahaja yang mengulangi perilaku sedemikian atau cuba menggugat kestabilan parti akan dianggap sebagai pengkhianat.
“Golongan ini harus disingkirkan dari Bersatu serta-merta,” tambahnya.
Terdahulu, Saifuddin secara terbuka menggesa Muhyiddin agar berundur daripada jawatan Presiden dan memberi laluan kepada kepimpinan Baharu serta bertanya keberadaan menantunya iaitu ahli perniagaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu turut menentang Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali dengan menyatakan ia perlu digugurkan daripada jawatan tersebut bagi membersihkan parti daripada masalah moral yang menjejaskan reputasinya.
Pada masa sama, Saifuddin bersama enam lagi Ketua Bahagian BERSATU turut mendesak Ketua Penerangan parti, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz digantikan. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment