NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedaulatan Ekonomi Malaysia Dipersoal Dalam Perjanjian Perdagangan Dengan Amerika

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Amerika Syarikat (AS) muncul sebagai pihak yang mendapat manfaat terbesar daripada Perjanjian Perdagangan Resiprokal AS–Malaysia yang ditandatangani hari ini.

Perjanjian yang ditandatangani oleh Presiden Donald J. Trump dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merangkumi bidang perdagangan, pelaburan, harta intelek, keselamatan ekonomi dan digital, serta peraturan alam sekitar dan buruh antarabangsa.

Laporan menyatakan bahawa walaupun perjanjian berkenaan bertujuan memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, imbangan manfaat lebih memihak kepada AS, khususnya dalam sektor pasaran digital, pelaburan dan kawalan piawaian perdagangan.

“Malaysia menanggung komitmen yang meluas termasuk pembukaan pasaran kepada produk AS, penghapusan halangan bukan tarif dan sekatan subsidi kepada syarikat milik kerajaan (GLC),” menurut laporan tersebut.
“Sementara itu, AS menikmati akses pasaran lebih besar tanpa menanggung sekatan serupa terhadap produk Malaysia.”

Antara komitmen utama Malaysia di bawah perjanjian ini termasuk memastikan lesen import tidak bersifat diskriminasi, menerima piawaian AS atau antarabangsa tanpa keperluan penilaian tambahan, dan menghapuskan sekatan terhadap produk pertanian AS yang memenuhi piawaian sains.

Dalam sektor digital, Malaysia turut bersetuju tidak mengenakan cukai khas terhadap syarikat digital AS, serta tidak memaksa pemindahan teknologi atau kod sumber bagi syarikat Amerika yang beroperasi di negara ini.

Selain itu, Malaysia juga akan memudahkan pelaburan AS dalam sektor strategik termasuk mineral kritikal, tenaga dan telekomunikasi, di samping melabur kira-kira USD70 bilion di AS dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi tujuan penciptaan pekerjaan dan kerjasama teknologi.

1Media.my


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo