NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bolehkah Mayat Ditanam Sebelum Disembahyangkan

TANAM MAYAT SEBELUM SOLAT JENAZAH

SOALAN :

Jika di tanam mayat sebelum disembahyangkan bagaimana hendak dibuat adakah kena gali semula sembahyangkannya?

JAWAPAN :

Jika tersalah ditanam mayat sebelum disolatkan atasnya maka hendaklah dilakukan solat di atas kuburnya tanpa perlu menggalinya semula kerana sah solat jenazah di atas kubur.

Adapun jika ditanam sebelum mandi atau tidak dihadapkan ke kiblat maka wajib digali semula dan mandikan dan hadapkannya ke kiblat.

Ų„Ų°Ų§ دفن Ų§Ł„Ł…ŁŠŲŖ قبل الصلاة Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŲµŁ„ŁŠ على القبر؛ لأن الصلاة ŲŖŲµŲ­ على القبر عندنا. ŁˆŲ„Ł† دفن بغير غسل، أو ŁˆŲ¬Ł‡ ؄لى غير القبلة، ف؄ن خيف Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Ų§Ł„ŲŖŲŗŁŠŁŠŲ± لم ŁŠŁ†ŲØŲ“؛ لأن Ų°Ł„Łƒ قد ŲŖŲ¹Ų°Ų±، ŁˆŲ„Ł† لم يخف Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Ų§Ł„ŲŖŲŗŁŠŁŠŲ± نبؓ، ŁˆŲŗŲ³Ł„، ŁˆŁˆŲ¬Ł‡ ؄لى القبلة

Artinya : “Apabila ditanam akan mayat sebelum disolatkan atasnya maka memadai solat di atas kubur kerana sungguhnya sah solat jenazah di atas kubur di sisi kami. Dan jika ditanam dengan tidak dimandikan atau tidak dihadapkan arah kiblat maka jika tidak ditakuti atas mayat itu berubah maka tidaklah digali semula kerana yang demikian itu telah jadi keuzuran dan jika tidak ditakuti berubah atasnya maka hendaklah digali dan dimandikan dan dihadapkan ke kiblat.” (Kitab Al-Bayan)

Kesimpulannya jika ditanam mayat sebelum disolatkan atasnya maka tidak perlu digali semula kerana sah dilakukan solat di atas kuburnya.

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo