NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adakah jatuh talak ketika sedang marah ?

TALAK KETIKA MARAH

SOALAN :

Adakah jatuh talak jika suami menceraikan isterinya ketika suami itu sedang marah?

JAWAPAN :

Apabila seorang itu menceraikan isteri dalam keadaan marah maka talaknya adalah sah dan berlaku.

Berkata Syeikh Ad-Dimyathi :

ŁˆŲ§ŲŖŁŁ‚ŁˆŲ§ على ŁˆŁ‚ŁˆŲ¹ طلاق الغضبان ŁˆŲ„Ł† ادعى Ų²ŁˆŲ§Ł„ Ų“Ų¹ŁˆŲ±Ł‡ بالغضب

Artinya : “Telah sepakat olih fuqahak atas berlaku talak ketika marah dan sekalipun dia mendakwa tidak sedar dengan sebab marah itu.” (Kitab I’anah At-Talibin)

Adapun marah yang sampai jadilah suami ketika itu gila maka talaknya tidak sah.

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

طلاق الغضبان: ŁŠŁŁ‡Ł… Ł…Ł…Ų§ ذكر أن طلاق الغضبان لا ŁŠŁ‚Ų¹ Ų„Ų°Ų§ Ų§Ų“ŲŖŲÆ الغضب، بأن ŁˆŲµŁ„ ؄لى ŲÆŲ±Ų¬Ų© لا يدري ŁŁŠŁ‡Ų§ Ł…Ų§ ŁŠŁ‚ŁˆŁ„ ŁˆŁŠŁŲ¹Ł„ ŁˆŁ„Ų§ ŁŠŁ‚ŲµŲÆŁ‡. أو ŁˆŲµŁ„ به الغضب

؄لى ŲÆŲ±Ų¬Ų© ŁŠŲŗŁ„ŲØ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁŁŠŁ‡Ų§ الخلل ŁˆŲ§Ł„Ų§Ų¶Ų·Ų±Ų§ŲØ في Ų£Ł‚ŁˆŲ§Ł„Ł‡ ŁˆŲ£ŁŲ¹Ų§Ł„Ł‡، ŁˆŁ‡Ų°Ł‡ حالة نادرة. ف؄ن ŲøŁ„ الؓخص في حالة وعي و؄دراك لما ŁŠŁ‚ŁˆŁ„ ŁŁŠŁ‚Ų¹ طلاقه، ŁˆŁ‡Ų°Ų§ Ł‡Łˆ الغالب في ŁƒŁ„ طلاق يصدر عن الرجل؛ لأن الغضبان Ł…ŁƒŁ„Ł في Ų­Ų§Ł„ غضبه ŲØŁ…Ų§ يصدر منه من كفر ŁˆŁ‚ŲŖŁ„ نفس وأخذ Ł…Ų§Ł„ بغير Ų­Ł‚ ŁˆŲ·Ł„Ų§Ł‚ ŁˆŲŗŁŠŲ±Ł‡Ų§

Artinya : “Talak dalam keadaan marah itu dapatlah difahami dari barang yang telah disebut tidak berlaku apabila melampau marahnya sekira-kira sampai pada tahap tidak sedar apa yang dicakapkan dan tidak sedar apa yang telah dilakukan. Selagi seseorang itu tahu dan sedar apa yang dia cakapkan maka tetap jatuh talaknya. Inilah yang biasa berlaku pada sekelian talak yang terbit dari seorang suami kerana sungguhnya orang yang marah itu bertanggungjawab pada ketika marahnya itu apa yang terbit dari dirinya samada perbuatan kufur atau pembunuhan atau mengambil harta orang tanpa sebenar dan talak isteri dan lainnya.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Maka sebagaimana pembunuh yang melakukan pembunuhan ketika marah itu tetap dikenakan hukuman dan jadi kafir orang yang melakukan perbuatan kufur ketika marah maka orang yang menceraikan isterinya ketika marah itu juga menyebabkan jatuh talak.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo