Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pagi tadi, dan ia membenarkan penghidangan minuman beralkohol diteruskan apabila dewan sekolah disewakan kepada pihak luar bagi acara yang tidak melibatkan pelajar atau aktiviti sekolah.
“Kabinet meneliti perkara ini dengan teliti dan bersetuju supaya garis panduan sedia ada dikekalkan. Tiada perubahan terhadap dasar semasa,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat kabinet di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa sekolah-sekolah terbabit beroperasi di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), namun penggunaan dewan bagi acara masyarakat atau persatuan luar tertakluk kepada peraturan sewaan dan kebenaran pihak pengurusan sekolah.
Katanya lagi, kerajaan mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan isu tersebut kerana ia telah lama dilaksanakan tanpa menimbulkan sebarang masalah di peringkat komuniti setempat.
Keputusan kabinet ini hadir selepas beberapa hari perbahasan awam mengenai cadangan supaya arak tidak dihidangkan dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang dibangkitkan oleh pihak tertentu, termasuk pemimpin PAS, atas alasan moral dan keselamatan.
— 1Media.my

No comments
Post a Comment