NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Madani lebih pilih subsidi gula daripada selesai masalah kekurangan doktor?



KUALA LUMPUR, 7 Sept – Kritikan terus memuncak terhadap dasar bercelaru kerajaan Madani apabila lebih setengah bilion ringgit dibelanjakan semula untuk subsidi gula, tetapi skim elaun tambahan doktor dan jururawat kerajaan bernilai RM80 juta setahun dibatalkan.

Pada Oktober 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemansuhan subsidi gula kononnya untuk mengurangkan diabetes, dengan penjimatan RM500 juta akan digunakan bagi rawatan penyakit itu. Namun, hanya sebulan kemudian kerajaan senyap-senyap memulihkan semula subsidi berjumlah RM504 juta setahun – kali ini digelar “insentif pengeluaran” bagi mengelak label subsidi.

Sebaliknya, cadangan Kementerian Kesihatan pada April 2025 untuk menaikkan elaun on-call doktor dan jururawat sebanyak RM80 juta ditolak Kementerian Kewangan atas alasan kewangan tidak mencukupi. Malah, skim percubaan bernilai RM20 juta setahun yang dilaksanakan turut dibatalkan selepas hanya tiga bulan.

Akibatnya, sistem kesihatan awam kini berdepan kekurangan tenaga kerja kritikal. Statistik menunjukkan kadar kekosongan kakitangan melonjak kepada 17 peratus pada 2024, jauh berbeza dengan hanya 5 peratus ketika era pentadbiran Najib Razak yang pernah mengalihkan penjimatan subsidi gula kepada perkhidmatan kesihatan.

“Kerajaan sanggup bakar RM504 juta setahun untuk gula – di negara yang sudah ada kadar obesiti dan diabetes tertinggi di Asia – tetapi kedekut RM80 juta untuk kekalkan doktor dan jururawat dalam hospital. Ini bukan kerajaan yang sayang rakyat, ini kerajaan yang bermain-main dengan kesihatan rakyat demi politik,” kata pengulas politik, Lim Sian See. 

Isu kekurangan doktor di Malaysia adalah satu isu kritikal yang semakin membimbangkan, dengan laporan menunjukkan kekosongan jawatan yang tinggi di hospital kerajaan dan menyebabkan fasiliti kesihatan tidak dapat beroperasi sepenuhnya. -- 1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo