NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ucapan angkuh, bangga ‘selamat’ daripada mahkamah dunia



KUALA LUMPUR – Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menyarankan semua pihak khususnya pemimpin parti politik supaya lebih berhati-hati ketika menyampaikan ucapan terutama apabila menyentuh nama Allah dan malaikat.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, adalah amat mengecewakan apabila ucapan yang bersifat mendabik dada sebegitu mengaitkan pula nama Allah dan para malaikat walhal apa yang diucapkan itu dibimbangi boleh menggelincirkan iman seorang yang beragama Islam.

“DUPP meneliti ucapan seorang pemimpin parti politik – “kalau Allah SWT memerintahkan malaikat menjadi Presiden.., malaikat pun lari malam…” sebagai ucapan yang mengangkat diri dengan penuh kesombongan.

“Namun hakikatnya adalah tidak layak untuk beliau membuat perbandingan menggunakan nama Allah mahupun malaikat yang disebut dalam ucapannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai video seorang pemimpin parti politik yang tular di media sosial yang menyebut `jika Allah SWT menjadikan malaikat sebagai presiden, malaikat akan lari malam’.

Bagaimanapun, video tular itu tidak menyiarkan sepenuhnya ucapan oleh pemimpin berkenaan sebaliknya merupakan video suntingan yang turut memasukkan ucapan pemimpin berkenaan yang menyentuh mengenai kes pertuduhan rasuah yang dihadapinya di mahkamah.

Sementara itu, Ahmad berkata, ucapan pemimpin berkenaan juga memberikan gambaran dan perspektif yang negatif terhadap zat Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui Segala-Galanya dan Maha Mentadbir alam.

Bahkan ucapan tersebut juga memberikan suatu konotasi negatif terhadap peranan Malaikat yang merupakan golongan yang taat terhadap apa jua perintah-Nya.

“Perbandingan tersebut terlalu bermudah-mudah dan bahaya kerana ia melibatkan teras akidah itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, tambah beliau, DUPP juga mengingatkan pemimpin berkenaan bahawa tidak ada apa yang perlu dibanggakan dengan pertuduhan yang telah dihadapkan terhadapnya.

Menurutnya, kes pemimpin berkenaan telah melepasi fasa prima facie sebelum ‘diselamatkan’ oleh Peguam Negara ketika itu yang mahu menarik balik kes tanpa sebab yang kukuh.

“Ia adalah peristiwa hitam terhadap masa depan integriti dalam negara. Justeru bagaimana mungkin ia harus dikenang sebagai suatu “penyelamat” kepada partinya sendiri?” soalnya.

Dalam soal keterlanjuran ucapan tersebut, ujar beliau, DUPP menyeru pemimpin terbabit mengungkapkan istighfar dan memohon keampunan daripada Ilahi andai ia suatu yang tidak disengajakan oleh pemimpin berkenaan.

Tambah beliau, perkara itu seharusnya menjadi iktibar kepada semua pihak supaya lebih berhati-hati apabila mengungkapkan sesuatu yang melibatkan agama.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” tegasnya. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo