KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh melahirkan rasa dukacita dengan insiden lelongan arak di dewan sekolah rendah di Pontian yang bukan sahaja memalukan, malah mencalar imej pusat pendidikan serta mengganggu emosi dan akhlak murid-murid.
Beliau berkata, apa yang sepatutnya menjadi ruang belajar telah menjadi medan kepada aktiviti yang tidak wajar, sekali gus mencetuskan pergaduhan fizikal dan gangguan keselamatan.
“Saya tegaskan bahawa sekolah adalah tempat membentuk insan teladan! Ini bermaksud, sekolah sepatutnya menjadi tempat yang bermaruah dan bertamadun, bukannya menjadi pentas untuk kegiatan tidak bermoral,” ujarnya dalam kenyataan.
Menurutnya, insiden seperti melempar kerusi dan pergaduhan akibat arak menunjukkan keruntuhan nilai budi dan disiplin yang sewajarnya ditolak oleh semua pihak seperti ibu bapa, guru dan masyarakat.
Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengambil tindakan tegas terhadap sekolah terbabit.
Beliau turut menegaskan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor perlu memastikan garis panduan yang jelas untuk semua acara supaya tidak melibatkan arak atau unsur tidak bermoral.
Katanya, ibu bapa, warga pendidik dan masyarakat juga perlu bersama-sama memantau aktiviti sekolah agar nilai moral dan rohani tidak tercemar.
“Sekolah adalah medan mendidik rakyat. Apa jua kegiatan yang bertentangan dengan nilai keharmonian mestilah segera dihentikan, agar anak-anak kita terus terdidik dalam persekitaran yang selamat, harmoni dan berintegriti,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/7/2025
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment