KUALA LUMPUR: Penganalisis meramalkan pengeluaran minyak Malaysia akan kekal menghadapi tekanan pada separuh kedua 2025, menyambung trend penurunan sederhana yang dilihat pada suku pertama apabila pengeluaran minyak mentah dan peluwap merosot 5.2 peratus tahun-ke-tahun kepada 45.5 juta tong, lapor Xinhua.
RHB Investment Bank dalam nota pada Isnin menyatakan penurunan ini semakin sederhana berbanding suku sebelumnya, menunjukkan tanda penstabilan berikutan peningkatan prestasi medan dan kecekapan operasi, terutamanya di medan matang.
Menurut firma penyelidikan itu, pengeluaran gas asli juga mungkin mengecut sedikit pada separuh kedua tahun ini, terutamanya disebabkan penutupan kemudahan utama di Sarawak dan Semenanjung Malaysia bagi penyelenggaraan dirancang, serta permintaan yang sederhana daripada pengimport utama gas asli cecair (LNG) seperti Jepun dan Korea Selatan.
Sementara itu, MIDF Research turut menyatakan dalam nota terkini bahawa prospek sektor huluan Malaysia stabil tetapi berhati-hati, memandangkan komitmen pelaburan mungkin terjejas oleh turun naik harga minyak global, gangguan rantaian bekalan, dan agenda peralihan tenaga yang lebih luas.
Sumber | BHarian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment