NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga nadir bumi melonjak



MUNICH: Harga logam nadir bumi melonjak pada Mei lalu selepas China mengenakan sekatan eksport yang lebih ketat, menurut indeks komoditi bulanan yang diterbitkan oleh Persatuan Industri Bavaria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Secara keseluruhan, harga logam nadir bumi – logam penting untuk pembuatan teknologi tinggi dalam industri elektronik, automotif dan pertahanan, meningkat sebanyak lapan peratus dalam nilai dolar.

Beberapa unsur mencatatkan peningkatan lebih ketara: terbium meningkat hampir 19 peratus, gadolinium sebanyak 17 peratus dan samarium lebih 15 peratus, menurut indeks itu.

Lonjakan harga ini berlaku susulan pengumuman China pada April lepas mengenai kawalan eksport baharu terhadap beberapa unsur nadir bumi sebagai tindak balas kepada tarif yang dirancang oleh Amerika Syarikat (AS), seperti yang diumumkan oleh Presiden AS, Donald Trump.

China memproses kira-kira 90 peratus daripada logam nadir bumi industri dunia, menurut pelbagai anggaran. 

Harga logam ini pernah mencecah paras tertinggi pada awal 2022 semasa pandemik COVID-19, apabila rantaian bekalan global mengalami gangguan besar.

Persekutuan Industri Jerman (BDI) baru-baru ini memberi amaran yang kebergantungan Eropah yang semakin meningkat terhadap China bagi bahan mentah kritikal mencetuskan risiko strategik.

– BERNAMA-dpa








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo