NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jakim diarah sedia laporan lengkap isu kontrak katering hospital kepada syarikat tiada sijil halal



SUNGAI PETANI - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarah menyediakan laporan lengkap berhubung isu pelantikan sebuah syarikat katering tiada sijil halal membekalkan makanan di sebuah hospital.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, setakat ini, pihaknya sedang menunggu laporan yang disediakan Jakim.

"Saya memang dah arahkan kepada Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee untuk tengok isu itu dan beliau akan maklum pada saya lah," katanya.

Mohd Na'im ditemui media ketika hadir menyampaikan sumbangan kepada keluarga Perodua Alza yang terbabit nahas dengan bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Gerik 9 Jun lalu di Bukit Banyan di sini pada Selasa.

Bagaimanapun, Mohd Na'im enggan mengulas lanjut berhubung isu terbabit sehingga laporan mengenainya diterima.

"Saya tak boleh nak komen sehingga saya terima laporan daripada beliau," katanya.

Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendedahkan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai sijil halal Jakim.

Syarikat yang dinamakan sebagai 0267299-T itu dianugerahkan kontrak bagi membekalkan makanan kepada pesakit hospital berkenaan selama tiga tahun bermula Februari 2024.

Dalam kunjungan itu, Mohd Na'im menyampaikan sumbangan RM10,000 melalui pelaksanaan Program Ziarah Madani Peduli kepada Mohd Lufti Radzi, 37 dan isteri Nurul Ain Zakaria, 36, serta dua anak mereka.

Dalam kejadian kemalangan tragis itu, Mohd Lutfi cedera ringan di dada, Nurul Ain patah lima tulang rusuk, anak sulung, Nur Aisyah Nafisah, 6, patah paha dan anak bongsu, Muhammad Ahsan Nafis, 2, luka ringan di kepala dan badan.


Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo