KUANTAN – Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar menyifatkan reaksi segelintir penyokong dan pemimpin UMNO seolah-olah seperti orang yang ‘dirasuk syaitan dan kepanasan’ apabila mendengar slogan ‘Pas Teraju Pahang’.
Beliau berkata demikian susulan pelbagai komen diterimanya selepas beliau memuat naik hantaran bertajuk ‘Impian Yang Sedang Bergerak’ di Facebook rasmi miliknya lima hari lalu.
“Apabila saya post tajuk pertama ‘Impian Yang Sedang Bergerak’, Alhamdulillah, banyak komen positif dari rakyat Pahang yang berkongsi impian sama dengan kami.
“Cuma yang jadi peliknya, kalimah ‘Teraju Pahang’ bagaikan badai yang menerjah kapal politik lawan, terutama UMNO.
“Pelbagai komen menghina, memperlekeh dan macam-macam perkataan, seolah-olah dibacakan ayat al-Quran kepada mereka yang dirasuk syaitan, menggelupur kepanasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas tohmahan bahawa tiada pemimpin Pas Pahang yang layak menjadi Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur itu berkata, perkara sama pernah dibangkitkan terhadap Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mula dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan.
Katanya, Pas bagaimanapun kekal lebih 30 tahun memerintah di Kelantan meskipun pelbagai pihak meramalkan kegagalan parti itu kerana dikatakan allahyarham hanya pandai berceramah.
Selain itu, katanya, Pas telah membuktikan kemampuan mentadbir negeri di Kedah, Terengganu dan Perlis walaupun pemimpin di sana bukan dari latar belakang pendidikan agama.
“Pas belum lagi diberi peluang memerintah Pahang. Tapi negeri-negeri yang kami tadbir telah membuktikan keupayaan kami walaupun berdepan tekanan dan sekatan dari kerajaan pusat.
“Saya nak ingatkan UMNO bahawa Pas Pahang tidak bekerja atas nama individu. Kami adalah satu jamaah atau pasukan. Untuk memerintah, perlu ada kekuatan pasukan.
“Tak perlu takutkan rakyat Pahang atau memperbodohkan mereka yang sedang melihat bukti kemampuan kami,” ujarnya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment