NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amira Aisya anggap Akta Komunikasi dan Multimedia sebagai Akta Sakit Hati



KUALA LUMPUR – Pemangku Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Amira Aisya Abd Aziz menyifatkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, ataupun Akta Sakit Hati, sebagai perundangan yang lapuk dan dimansuhkan.

Malah katanya, Pakatan Harapan (PH) telah berjanji dalam ‘Manifesto Kita Boleh’ sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk mansuhkan akta berkenaan.

“Bukan sahaja akta ini tidak dimansuhkan apabila Pakatan Harapan berkuasa, malah ianya digunakan untuk menekan dan mendiamkan rakyat Malaysia yang berani mengkritik kerajaan.

“Saya ingin ingatkan semua bahawa hak bersuara merupakan hak yang dilindung dibawah Perkara 10 Perlembangaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa mengesahkan dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberikan keterangan berkenaan ucapannya ketika Perhimpunan Turun Azam Baki.

Menurutnya, beliau disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dalam pada itu, Amira Aisya menggesa kerajaan melaksanakan moratorium terhadap semua kertas siasatan yang dibuka dibawah Akta Sakit Hati.

Beliau menggesa supaya kerajaan menjelaskan kepada rakyat jangka masa untuk pemansuhan akta berkenaan dibawa ke Parlimen.

“Wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan yang dulunya perjuangkan nasib rakyat juga tidak boleh berdiam diri. Dulu kamu semua perjuangkan hak rakyat untuk bersuara, tetapi sekarang kamu sokong kerajaan yang mahu senyapkan suara rakyat.

“Suara rakyat perlu terus diperjuangkan dan saya akan tetap teguh dengan perjuangan membawa kebenaran dan keadilan,” tambahnya. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo