KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa wajar menyiasat segera laporan yang mendakwa kemungkinan Muhammed Yusoff Rawther merupakan proksi atau ejen kepada agensi perisikan Israel, Mossad.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya dakwaan itu benar, ia membawa maksud tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil Muhammed Yusoff bekerja dengan beliau pada 2018 adalah satu keputusan berbahaya.
“Adakah tiada tapisan keselamatan? Adakah ramai lagi ejen Mossad bekerja dengan PMX ketika itu (dan boleh jadi sekarang)?
“Ini lebih bahaya dan serius berbanding salah faham GST sebagai General Services Tax,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Tegas Ahmad Fadhli, polis tidak boleh membiarkan laporan yang dibuat terhadap Muhammed Yusoff itu begitu sahaja, malah turut menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail segera bertindak.
Semalam, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan kemungkinan Muhammad Yusoff sebagai proksi atau ejen kepada agensi perisikan Israel, Mossad.
Gesaan itu dibuat susulan kenyataan terbuka Muhammed Yusoff pada tahun 2017 yang menyokong kewujudan negara Israel dan menolak hak negara-negara Arab ke atas Baitulmaqdis.
Kenyataan yang dibuatnya itu masih boleh diakses dan dibaca umum di dalam portal media antarabangsa Israel sehingga hari ini.
Ahli Sekretariat Nadi Gemilang Amal, Dzul Hilmi Zainol berkata, kenyataan tersebut bukan sahaja bercanggah dengan pendirian rasmi Malaysia, malah membuka ruang terhadap kemungkinan pengaruh asing dalam negara. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment