NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

FATWA LIBERALISME DAN PLURALISME: TERAS AKIDAH INDIVIDU KEKAL SAH – PPMM PERBETUL LAPORAN MEDIA

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2025 – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini tampil memperbetul beberapa laporan media yang didakwa mengelirukan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan Fatwa Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama 2014 oleh Negeri Selangor.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, Mahkamah Persekutuan tidak membatalkan keseluruhan fatwa, sebaliknya hanya mengetepikan sebahagian daripadanya atas alasan bidang kuasa dan peruntukan perlembagaan. Bahagian penting dalam fatwa yang menyentuh individu yang menganut fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat serta keperluan mereka untuk bertaubat dan kembali ke jalan Islam kekal sah dan berkuat kuasa.

Sebaliknya, mahkamah mengetepikan pemakaian fatwa terhadap SIS Forum (Malaysia) sebagai syarikat, serta peruntukan-peruntukan fatwa berkaitan pengharaman bahan terbitan dan sekatan terhadap laman sosial, kerana ia berada di bawah bidang kuasa Persekutuan, bukan negeri.

Mahkamah menegaskan bahawa hanya individu Muslim (manusia sebenar) tertakluk kepada fatwa tersebut, dan bukan entiti seperti syarikat yang tidak mempunyai kapasiti untuk menjalankan Rukun Islam atau bertaubat. Namun demikian, individu yang berada di sebalik pertubuhan atau syarikat tetap bertanggungjawab secara peribadi di bawah fatwa itu.

Dalam kenyataan itu, PPMM menggesa media untuk melaporkan isu-isu sebegini secara tepat dan menyeluruh, agar tidak mencetus kekeliruan dalam kalangan masyarakat, khususnya berkaitan hal ehwal agama dan perundangan.

“Keputusan Mahkamah mengekalkan teras fatwa dari sudut teologi akidah individu Muslim. Pembatalan hanya menyentuh perkara-perkara yang melangkaui bidang kuasa negeri,” jelas kenyataan itu.

PPMM juga menegaskan bahawa keputusan ini menunjukkan penghormatan Mahkamah terhadap kerangka Perlembagaan Persekutuan, khususnya dalam mengimbangi kuasa antara negeri dan Persekutuan dalam isu-isu berkaitan agama Islam. - 1Media.my

( Hide )
  1. This article offers a thought-provoking perspective on how liberalism and pluralism intersect with religious discourse. It’s fascinating how societal frameworks evolve based on such ideologies. On a different note, while exploring this topic, I was also researching urban development trends and came across several discussions about lifestyle shifts — like the growing preference for 3 BHK Flats in Noida among middle-class families who seek both space and community-centric living, which interestingly ties back to ideas of plural living environments.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo