JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi terus mencetuskan spekulasi berkenaan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila terus berteka-teki dengannya.
Pengerusi UMNO Johor itu mengulangi jawapannya sebelum ini bahawa PRN akan diadakan iaitu selewat-lewatnya April 2027 selepas penggal pentadbirannya berakhir.
“Bila pilihan raya? Nak tahu tak? Jawapannya, paling lambat bulan April 2027. Kita ada jangka masa dua tahun lagi,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau 2025 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman merangkap Ketua UMNO Bahagian Tebrau.
Onn Hafiz berkata, sebenarnya apa yang lebih utama adalah soal berkhidmat untuk rakyat walau bila pun PRN diadakan.
“Sekarang fokus kita adalah untuk berkhidmat, jadi rapatkan saf,” katanya.
Pada masa sama, menjelang pilihan raya akan datang, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 untuk diberikan kepada setiap pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh negeri bermula bulan depan.
“Saya sudah pakat dengan ketua bahagian, setiap PDM akan diberikan peruntukan sebanyak RM10,000 bermula Julai dan akan dibuat secara berfasa.
“Kita mahu, setiap pimpinan bahagian, wakil rakyat, ketua-ketua sayap untuk bergerak senada seirama dalam setiap PDM,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu berkata, gerak kerja bagi PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) perlu dibuat bermula sekarang, tanpa menunggu musim pilihan raya.
“Takkan tunggu pilihan raya baharu nak buat kerja. Parti UMNO parti yang membela rakyat. Kita tak tunggu pilihan raya baharu nak gerak. Gerak kerja pasukan itu sangat penting,” katanya.- MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment