NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Sabah tiada kredibiliti kritik Hajiji – Zulkarnain



KUALA LUMPUR – Pimpinan UMNO Sabah tidak mempunyai kredibiliti mengkritik pentadbiran Datuk Seri Hajiji Noor apatah lagi mengaitkan Ketua Menteri Sabah itu dengan penyalahgunaan kuasa dan terpalit dengan rasuah.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, ia kerana Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar sendiri sedang berhadapan dengan pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

“Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman perlu cermin muka dahulu sebelum menasihatkan Datuk Seri Hajiji berkaitan salah laku rasuah membabitkan beberapa ADUN Sabah.

⁠”⁠Hajiji sejak awal lagi telah berikrar tidak akan berkompromi dengan mana-mana salah laku rasuah malah beliau sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengatasi masalah rasuah,” katanya menerusi satu kenyataan kepada MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Datu Rosman mengecam Hajiji dan menuduh Ketua Menteri Sabah gagal mentadbir negeri dengan berkesan selain membenarkan skandal rasuah memburukkan institusi kerajaan.

Menurut Datu Rosman, rakyat Sabah mesti bijak menilai prestasi kerajaan negeri, dengan mendakwa kononnya rasuah dan salah guna kuasa telah membayangi pentadbiran negeri.

Zulkarnain juga berkata, Ketua Menteri Sabah termasuk Kerajaan Perpaduan bertindak adil dan saksama ke atas pertuduhan rasuah apabila pendakwaan dibuat ke atas ADUN-ADUN GRS kelak.

“Mahkamah adalah medan paling sesuai untuk membersihkan nama ADUN-ADUN tersebut. ⁠Ini juga sekali gus dapat merungkai keterlibatan pemberi maklumat yang turut dikenali sebagai kartel perlombongan di Sabah,” katanya.

Katanya lagi, sehingga kini tiada seorang pimpinan UMNO mahupun Warisan ke memuji tindakan Hajiji menggagalkan cubaan kartel mendapatkan kelulusan tanah bagi tujuan perlombongan membabitkan 1 juta ekar di Sabah.

“⁠Kecaman terbuka ke atas Juntih dan Datuk Albert Tei yang membentuk pakatan membolot lesen mineral di Sabah juga disenyapkan oleh kedua parti tersebut,” katanya lagi. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo