KUALA LUMPUR – Kejutan berlaku pemilihan Pas Perlis hari ini apabila Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli gagal merebut jawatan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Arau.
Mohd Shukri tewas kepada penyandang, Solahudin Azmi yang dipilih perwakilan bagi memimpin Pas Arau untuk sesi 2025-2027.
Mohd Shukri hanya meraih 43 undi berbanding Solahudin yang memperoleh 128 undi.
Selain itu, tiga daripada empat Exco Perlis tewas dalam cabaran merebut jawatan YDP, Timbalan YDP dan Naib YDP Pas kawasan.
Bagi perebutan jawatan Timbalan YDP, Exco Belia dan Sukan Negeri, Mohd Ridzuan Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji menang mudah apabila meraih 135 undi menewaskan penyandang, Speaker DUN Perlis, Rus’ele Eizan yang hanya memperoleh undi sebanyak 34 undi.
Dalam persaingan bagi jawatan Naib YDP pula, Exco Pertanian, Perladangan dan Kepenggunaan Negeri, Razali Saad yang juga ADUN Simpang Empat tewas apabila hanya memperoleh 39 undi berbanding pencabarnya yang juga penyandang jawatan itu, Mohd Yusairi Mansor yang menang dengan undi sebanyak 130 undi.
Pas Kawasan Arau mengadakan mesyuarat agung tahunan hari ini membabitkan 173 perwakilan daripada 60 cawangan.
Sementara itu, Pas Kawasan Kangar pula dijangka mengadakan mesyuarat agung pada 28 Jun ini yang bakal menyaksikan pertembungan antara penyandang YDP, Yussaine Yahya dan Ahli Dewan Negara, Baharudin Ahmad.
Di Padang Besar yang mesyuarat agungnya esok juga menarik perhatian apabila penyandang YDP, Saad Seman iaitu ADUN Chuping akan dicabar Muhammad Azmir Azizan yang juga Exco Perlis. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment