NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Konflik Iran-Israel: Kerajaan tak naikkan harga minyak – PMX



ISKANDAR PUTERI – Kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak walaupun berlaku kenaikan mendadak dalam pasaran minyak dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut diambil kerana kesannya kepada rakyat dan ekonomi negara.

“Minyak ini harganya naik turun. Sekarang ini keadaannya (harga global) agak rendah tetapi bila naik, ia naik mendadak.

“Namun kerajaan tidak menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Keadilan di Medini di sini hari ini.

Sebelum itu media melaporkan harga minyak boleh melonjak sehingga AS$130 setong sekiranya Iran memutuskan untuk menutup Selat Hormuz, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik akhbar Turkiye Hurriyet Isnin lalu.

Ahli Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran, Esmail Kowsari, berkata Sabtu lalu berkata, Tehran sedang mempertimbangkan untuk menutup selat itu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel.

Selat itu mengendalikan 20 peratus penghantaran minyak global dan 80 peratus daripada perdagangan minyak serta gas asli cecair (LNG) bagi Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Akhbar itu meramalkan konflik antara Israel dan Iran akan berterusan, sambil menambah bahawa kesan peperangan terhadap ekonomi bergantung kepada tempoh dan tahap peningkatan serangan. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo