NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cecair vape bercampur dadah bernilai RM4.9 juta dirampas



SHAH ALAM – Sindiket pengedaran dadah yang berselindung di sebalik pembungkusan pod dan kartrij vape bernilai RM4.9 juta tumpas dalam serbuan ke atas dua premis termasuk kilang di Klang Utara dan Sungai Buloh, pada 10 dan 11 Jun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sebanyak 663 kartrij berisi cecair vape disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine berjumlah 1,260 mililiter (ml) dirampas dalam serbuan pertama dari sebuah kedai di Klang Utara.

“Manakala 158 tong plastik berisi cecair vape disyaki mengandungi dadah jenis amphetamines (864,600ml) dan juga ketamine (650,000ml) dirampas dalam serbuan kedua.

“Turut dirampas 4,600 pod vape dari sebuah premis industri yang dijadikan tempat memproses cecair vape di sekitar Sungai Buloh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Terdahulu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan cecair vape yang disyaki mengandungi dadah di sekitar Klang Utara dan Sungai Buloh.

“Suspek berumur 21 tahun, berstatus bujang, merupakan juru jual di premis tersebut.

“Semakan rekod lampau tidak mempunyai sebarang rekod dan saringan air kencing suspek ini negatif dadah.

“Nilai cecair vape ini disyaki mengandungi dadah bagi kes ini keseluruhan nilai rampasan kira-kira RM200,000. Pod dan katrij vape itu dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan negara jiran,” katanya.

Selain produk vape mengandungi dadah, polis juga merampas dan menyita wang tunai RM1,000 dan sebuah kereta jenis Mazda C5 bernilai RM40,000 mengikut Akta Dadah Berbahaya Perlucutan Hak Harta 1988.

“Kita berjaya mengesan satu premis atau kedai yang menjual vape biasa, di mana dia bukan sahaja menjual vape biasa, bahkan vape yang mengandungi dadah kepada orang awam, sesiapa sahaja boleh pergi ke premis ini,” katanya.

Beliau juga berkata, siasatan lanjut serbuan pertama menjurus kepada serbuan kedua hingga polis menemukan sebuah kilang yang memproses dadah dalam bentuk vape di Sungai Buloh, kira-kira jam 12.30 pagi, pada 11 Jun.

“Dalam serbuan kedua itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sungai Buloh telah menahan seorang lelaki tempatan serta enam lelaki dan empat perempuan warganegara asing.

“Turut dirampas bersama adalah peralatan yang digunakan untuk memproses vape mengandungi dadah dan pod vape ini sedia digunakan.

“Kilang beroperasi kira-kira enam bulan lalu sejak awal tahun ini,” katanya.

Jelasnya, kesemua individu yang ditahan berusia antara 21 hingga 38 tahun di mana suspek lelaki tempatan berperanan sebagai pengurus perniagaan.

“Manakala suspek warganegara asing berperanan sebagai pekerja untuk pemprosesan termasuk membungkus dan memasukkan cecair ke dalam pod vape dan pembungkusan.

“Dari jumlah itu, empat suspek sudah berkahwin, manakala yang lain masih bujang,” katanya.

Selain itu, katanya, hasil pemeriksaan ke atas 10 warga asing itu mendapati  kesemua mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Semakan rekod lampau ke atas semua suspek juga mendapati mereka tiada sebarang rekod kesalahan di Malaysia dan saringan air kencing negatif untuk dadah,” katanya.

Dalam serbuan kedua, polis menyita seutas rantai dipercayai emas bernilai RM3,200; tiga bentuk cincin warna kekuningan bernilai RM3,500; sebuah kereta jenis BMW bernilai RM45,000 serta wang tunai sejumlah RM7,200.

“Nilai rampasan kedua-dua kes ini berjumlah RM5.1 juta dan nilai sitaan adalah berjumlah lebih kurang RM100,000,” katanya.

Katanya lagi, kesemua suspek ditahan reman selama lima hingga tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atau penjara semua hidup dan sebatan tidak kurang dari 12 sebatan,” katanya.

Sementara itu, katanya, kesemua cecair vape yang dirampas dengan campuran dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 151,586 pengguna dengan mengambil kira 10ml bagi setiap katrij ataupun pod.

“Polis Selangor mengalu-alukan orang awam menyalurkan maklumat jenayah terutamanya berkaitan dengan dadah dalam usaha berterusan membanteras aktiviti penggunaan dan penyalahgunaan dadah secara habis-habisan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. DATUK YIP KUM FOOK dan pasukannya (Polis dan samseng) menyerang sami Buddha di Kuil Buddha Samnak Sambodhi (di Taman Desa Jaya, Kepong), dan mereka membawa sami Buddha keluar dari Kuil. Mereka mengunci pintu kuil, dan sami Buddha menyewa sebuah hotel untuk malam itu

    Dan juga DATUK YIP KUM FOOK membakar Kuil Hindu di Taman Daya, Kepong, kerana ingin menggunakan tempat itu untuk mendirikan kedai perabotnya, lalu dia membina beberapa perabot di tempat itu. Dia ada kuasa kerana dia pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong

    Kini, MCA runtuh kerana DATUK YIP KUM FOOK. Apabila dia membantu seseorang, dia memerlukan wang (bukan untuk bantuan percuma), dan dia juga menipu orang IC untuk melakukan sesuatu; kuil Buddha Samnak Sambodhi runtuh kerana dia.

    Semua orang perlu berhati-hati dengan DATUK YIP KUM FOOK, SIMON LOW KOK MENG, LAWRENCE YIP JIUN HANN, dll. Kumpulan adalah jahat kepada semua orang dan berhati-hati

    Danny Yap, Taman Desa Jaya, Kepong

    ReplyDelete
  2. DATUK YIP KUM FOOK sangat marah kepada sami Buddha dan paderi Hindu kerana selalu mengganggu sami Buddha dan membakar kuil Hindu di Taman Daya, Kepong. Dia akan menderita dalam hidup ini, Allah akan menghukum dia dan keluarganya, kini dia hidup sendirian tanpa ada kawan dengannya

    Akhir sekali, dia menggunakan polis dan samseng untuk memaksa masyarakat Cina anda dan menipu serta menghina masyarakat Cina kita. Juga, semasa dia dalam politik, dan dia bercakap buruk tentang parti lain, lelaki ini tidak boleh menjadi manusia.

    Ada sesiapa yang tahu mengadu kepada Sultan Selangor, dan dia mesti mengembalikan gelaran Datuk kepada Sultan secepat mungkin, kerana ini menyebabkan Sultan kelihatan buruk atau tidak berkualiti kepada persatuan sultan, dia mendapat gelaran daripada Sultan, DIBELI ATAU DITAWARKAN, kita tidak tahu.

    DATUK YIP KUM FOOK adalah seorang peguam, dan beliau bukanlah seorang peguam sebenar kerana beliau tidak belajar undang-undang di mana-mana institut; dia membeli sijil undang-undang sahaja. Dia seorang peguam berlatih sahaja, tetapi tidak belajar teori selama 6 tahun kerana melakukan kesilapan dalam undang-undang, dunia ini tidak ada peguam yang disaman oleh orang biasa.

    DATUK YIP KUM FOOK melakukan perkara jahat kepada orang dan membayar seseorang untuk melakukan ILMU HITAM ke atas musuhnya; ramai orang mati dan menderita kerananya, dan ramai orang Cina kita tahu tentang jampi roh

    DATUK YIP KUM FOOK menipu orang IC dan mengambil orang IC untuk diberikan kepada penipu. Ah Chong (Ng) adalah mangsa. Kini Ah Chong adalah polis yang menghubunginya, dan juga pegawai bank yang menghubunginya tentang meminjam wang, tetapi Ah Chong tidak pernah berhutang dengan sesiapa pun. Ah Chong pernah memberikan IC kepada Datuk Yip Kum Fook sebelum ini

    LOKE, TAMAN EHSAN, KEPONG

    ReplyDelete
  3. One of the best disposables I’ve tried. whole melts carts

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo