KAJANG – Barisan Nasional (BN) menolak dakwaan berlaku perselisihan faham antara pemimpin parti itu peringkat pusat dan negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi.
Sebaliknya, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak sering mengadakan rundingan dan perbincangan bagi penyelarasan isu tertentu.
Namun beliau mengakui terdapat beberapa kenyataan pemimpinan BN Pusat dan negeri yang diambil di luar konteks.
“Kita sebenarnya melakukan penyelarasan dan menerusi semakan, saya dapati kadang-kadang kenyataan diambil di luar konteks.
“Situasi ini tiada perbezaan daripada segi prinsip antara pendirian negeri terutama UMNO dan BN dengan Pusat.
“Kami sering mengadakan rundingan dan perbincangan,” katanya ketika ditemui mdia selepas merasmikan Hari Pendidik Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian sebagai mengulas dakwaan keputusan kepemimpinan BN Pusat dan negeri tidak sehaluan dalam soal kerjasama bagi menghadapi PRN Sabah.
Sebelum, BN dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamadkan kerjasama secara rasmi sebagai pakatan bagi menghadapi PRN Sabah.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri tidak memerlukan PH sebagai ‘jambatan’ bagi menghubungkan BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menghadapi PRN.
Namun, katanya, BN masih membuka pintu kepada parti dan gabungan lain untuk bekerjasama.
“Perkara ini sedang berada dalam pipeline. Saya tidak fikir perlu jambatan atau sebarang saluran lain, Insya-Allah akan adakan rundingan lebih luas daripada GRS,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment