KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyifatkan adalah sesuatu yang baik sekiranya beberapa pemimpin politik tersohor bergabung dalam sebuah parti baharu.
Antara pemimpin itu, katanya, ialah bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli; bekas Naib Presiden PKR; Nik Nazmi Nilk Ahmad dan dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.
Selain itu, tambahnya, parti baharu itu juga boleh disertai pemimpin seperti Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng.
Mengambil perbandingan dalam sukan bola sepak, ujarnya, apabila pemain-pemain bintang bergabung, pasukan itu biasanya menjadi terlalu kuat dan juara banyak tahun.
“Secara automatik parti ini sudah ada 7-10 ahli parlimen. Satu “bargaining power” cukup kuat diketika tidak ada “single party” yang boleh memerintah di Malaysia.
“Dengan latar belakang pendidikan, pengalaman jawatan tinggi dalam parti asal dan sifat suka berbeza idea dalam parti, maka apakah mereka ini serasi untuk bergabung?
“Selamat mencuba untuk kepelbagaian parti di Malaysia,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment