NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Biar Rafizi diberi laluan mudah’ - Anwar



SHAH ALAM - Peluang Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin cerah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong pengekalan beliau pada pemilihan parti itu kelak.

Anwar berkata dalam satu majlis, beliau mengamanatkan Rafizi bagi jawatan berkenaan dan perlu diberi laluan mudah untuk melaksanakan tugasan serta tanggungjawab yang diberi.

“Saya nak amanatkan... biar Rafizi diberi laluan yang mudah,” katanya di Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Selangor 2025 pada Jumaat.

Sebelum ini, timbul perbincangan mengenai kemungkinan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PKR tidak dipertandingkan.

Pengerusi Biro Antarabangsa, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin mencadangkan agar kedua-dua jawatan tersebut tidak dipertandingkan bagi memastikan kestabilan dalaman parti dan kelancaran khidmat kepada rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Cadangan berkenaan mendapat sokongan daripada pemimpin negara seperti PKR Perak yang menyatakan sokongan agar kedua jawatan tersebut tidak dipertandingkan demi menjaga kestabilan parti dan kerajaan.

Bagaimanapun, terdapat pandangan yang menekankan kepentingan mengekalkan amalan demokrasi dalam parti.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, beliau memuji keterbukaan Anwar yang tidak menghalang pertandingan bagi jawatan tertinggi dengan menyatakan bahawa langkah tersebut menyuburkan amalan demokrasi dalam parti.

Dalam pada itu, Anwar pula memaklumkan, menyerahkan keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan dipertandingkan kepada pucuk pimpinan parti serta menekankan bahawa beliau tidak mahu mencampuri urusan tersebut serta menghormati proses demokrasi dalam PKR.


Sumber | Sinar Harian











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo